User manual
Table Of Contents
- Kandungan
- 1 Skrin Utama
- 2 Menyediakan
- 3 Alat Kawalan Jauh
- 4 Menghidupkan dan Mematikan
- 5 Pemasangan Saluran
- 6 Saluran
- 7 Sambungkan Peranti
- 8 Bluetooth
- 9 Sambungkan Android TV anda
- 10 Aplikasi
- 11 Sumber
- 12 Tetapan
- 13 Ambilight
- 14 Video, Foto, Muzik & Teks
- 15 Panduan TV
- 16 Telefon pintar dan Tablet
- 17 Freeview Play
- 18 Netflix
- 19 Perisian
- 20 Spesifikasi
- 21 Bantuan dan Sokongan
- 22 Keselamatan dan Layanan
- 23 Terma Penggunaan
- 24 Hak Cipta
- 25 Penafian berkenaan perkhidmatan dan/atau perisian yang ditawarkan oleh pihak ketiga
- Katalog indeks
• DiSEqC 1.0 - Imbas saluran daripada maksimum 4
satelit.
• Unicable I -Â Imbas saluran daripada maksimum 2
satelit dengan maksimum 8 nombor Jalur Pengguna.
• Unicable II -Â Imbas saluran daripada maksimum 4
satelit dengan maksimum 32 nombor Jalur Pengguna.
5 - Pilih Seterusnya untuk memulakan pengimbasan
dengan serta-merta menggunakan tetapan satelit
semasa.
6 - Pilih Nama satelit untuk melihat dan menukar
tetapan satelit. Selepas tetapan satelit disahkan,
tekan Kembali dan pilih Seterusnya untuk memulakan
pengimbasan.Â
Item tetapan satelit menyertakan semua maklumat
satelit.
• Status Satelit - Item tidak dibenarkan untuk
pengubahsuaian apabila anda memilih Satelit
diutamakan tetapi dibenarkan dalam Satelit
umum. Tekan Kekunci navigasi ke kiri atau ke kanan
untuk menetapkan Status kepada hidup atau mati
bagi satelit yang dipilih.
• Pemilihan satelit - Item hanyalah untuk
menunjukkan nama satelit, tidak dibenarkan untuk
pengubahsuaian.
• Mod imbasan - Tekan Kekunci navigasi ke kiri atau
ke kanan untuk menetapkan mod imbasan kepada
Penuh atau Rangkaian .
• Jenis imbasan - Tekan Kekunci navigasi ke kiri atau
ke kanan untuk menetapkan jenis imbasan kepada
Semua, Hanya Saluran Tersulit atau Hanya Saluran
Percuma.
• Jenis penyimpanan - Tekan Kekunci navigasi ke kiri
atau ke kanan untuk menetapkan jenis penyimpanan
kepada Semua, Hanya Saluran Digital atau Hanya
Saluran Radio.
• Konfigurasi LNB - Tekan OK untuk melihat atau
melaraskan konfigurasi LNB bagi Kuasa LNB,
Frekuensi LNB, Nada 22KHz, Kualiti isyarat dan Tahap
isyarat.
• Transponder - Tekan OK untuk melaraskan tetapan
Transponder bagi Frekuensi, Kadar Simbol dan
Pengutuban.
• Kualiti isyarat - Lihat kualiti isyarat satelit yang
dipaparkan mengikut nilai antara 0 hingga 100.
• Tahap isyarat - Lihat tahap isyarat satelit yang
dipaparkan mengikut nilai antara 0 hingga 100.
Imbas saluran dengan penalaan manual Satelit
Penalaan Manual Satelit digunakan untuk mengimbas
satu satelit sahaja dengan menetapkan Transponder
bagi satelit yang dipilih. Dalam keadaan pengimbasan
ini, hanya pelarasan Transponder dibenarkan, item
tetapan lain dinyahdayakan.
Persediaan Unicable
Sistem Unicable
Anda boleh menggunakan sistem Kabel Tunggal atau
sistem Unicable untuk menyambungkan cakera
antena kepada TV. Sistem Kabel Tunggal
menggunakan satu kabel untuk menyambung cakera
satelit kepada semua penala satelit dalam sistemnya.
Sistem Kabel Tunggal biasanya digunakan dalam
bangunan pangsapuri. Jika anda menggunakan
sistem Unicable, TV anda meminta anda untuk
menetapkan nombor jalur pengguna dan frekuensi
berkaitan semasa pemasangan.
Jika anda menyedari beberapa saluran hilang selepas
pemasangan Unicable, pemasangan lain mungkin
telah dilakukan pada masa yang sama dalam sistem
Unicable. Lakukan pemasangan lagi untuk memasang
saluran yang hilang.
Nombor Jalur Pengguna
Dalam sistem Unicable, setiap penala satelit yang
disambungkan mesti bernombor (cth. 0, 1, 2 atau 3
dll.).
Anda boleh menemui jalur pengguna yang tersedia
dan nombornya pada peti suis Unicable. Jalur
pengguna kadang-kadang diringkaskan sebagai UB.
Jika anda memilih Unicable dalam tetapan, TV akan
meminta anda untuk menetapkan nombor jalur
pengguna yang unik bagi setiap penala satelit terbina
dalam. Penala satelit tidak boleh mempunyai nombor
jalur pengguna yang sama seperti penala satelit yang
lain dalam sistem Unicable.
Frekuensi Jalur Pengguna
Bersebelahan nombor jalur pengguna yang unik,
penerima satelit terbina dalam memerlukan frekuensi
nombor jalur pengguna yang dipilih. Frekuensi ini
kebanyakannya ditunjukkan di sebelah nombor jalur
pengguna pada peti suis Unicable.
CAM Satelit
Jika anda menggunakan CAM (CI+) – Modul Akses
Bersyarat dengan kad pintar – untuk menonton
saluran satelit, kami mengesyorkan untuk melakukan
pemasangan satelit dengan CAM dimasukkan ke
dalam TV.Â
Kebanyakan CAM digunakan untuk nyahkarau
saluran.
CAM generasi terbaharu boleh memasang semua
saluran satelit sendiri pada TV anda. CAM akan
menjemput anda untuk memasang satelit dan
13