User manual

Table Of Contents
20
Spesifikasi
20.1
Persekitaran
Label Tenaga Eropah
Label Tenaga Eropah memberi anda maklumat
tentang kelas kecekapan tenaga produk ini. Semakin
hijau kelas kecekapan tenaga produk ini, semakin
rendah penggunaan tenaganya.
Anda boleh menemukan kelas kecekapan tenaga,
purata penggunaan kuasa produk yang digunakan
dan purata penggunaan tenaga setiap 1000 jam pada
label. Anda turut boleh menemukan nilai penggunaan
kuasa untuk produk ini di laman web Philips untuk
negara anda di www.philips.com/TVsupport.
Nombor Pendaftaran EPREL
Nombor pendaftaran EPREL
43PUS7906 : 441226
50PUS7906 : 459655
55PUS7906 : 559293
65PUS7906 : 559308
70PUS7906 : 587130
75PUS7906 : 657755
43PUS7956 : 441327
50PUS7956 : 459729
55PUS7956 : 559303
65PUS7956 : 559313
70PUS7956 : 587504
Akhir Penggunaan
Pembuangan produk lama dan bateri anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
bahan dan komponen berkualiti tinggi yang boleh
dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah
dilekatkan pada produk, ini bermakna produk
dilindungi oleh European Directive 2012/19/EU.
Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan
berasingan setempat untuk produk elektrik dan
elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan
jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah
yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang
betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang
berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh
European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai
pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan
yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif
yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Pengisytiharan Keakuran di UK
Dengan ini, TP Vision Europe B.V. mengumumkan
bahawa televisyen ini mematuhi keperluan asas dan
peruntukan lain-lain yang relevan bagi Arahan
Peraturan Peralatan Radio 2017 dan Peraturan Reka
Bentuk Ekologi bagi Produk Berkaitan Tenaga dan
Maklumat Tenaga (Pindaan) (EU Exit) 2019 dan
Sekatan Penggunaan Bahan Berbahaya Tertentu
dalam Peraturan Peralatan Elektrik dan Elektronik
2012.
20.2
Kuasa
Spesifikasi produk tertakluk pada perubahan tanpa
notis. Untuk mendapatkan butiran spesifikasi lanjut
tentang produk ini, lihat www.philips.com/TVsupport
Kuasa
• Kuasa sesalur : AC 220-240V +/-10%
• Suhu sekitar : 5°C hingga 35°C
49