User manual

Table Of Contents
7
Sambungkan
Peranti
7.1
Perihal Sambungan
Panduan Ketersambungan
Sentiasa sambungkan peranti TV dengan sambungan
kualiti paling tinggi yang tersedia. Gunakan juga kabel
berkualiti baik untuk memastikan pemindahan
gambar dan bunyi yang baik.
Apabila anda menyambungkan peranti, TV
mengecam jenisnya dan memberikan nama jenis
yang betul kepada setiap peranti. Anda boleh
menukar nama jenis jika mahu. Jika nama jenis yang
betul untuk peranti ditetapkan, TV secara automatik
bertukar ke tetapan TV paling sesuai apabila anda
beralih ke peranti ini dalam menu Sumber.
Port antena
Jika anda mempunyai Kotak set atas (penerima
digital) atau Perakam, sambungkan kabel antena
untuk menjalankan isyarat antena melalui Kotak set
atas dan/atau Perakam dahulu sebelum memasuki
TV. Melalui cara ini, antena dan Kotak set atas boleh
menghantar kemungkinan saluran tambahan ke
Perakam untuk merakam.
Port HDMI
Kualiti HDMI
Sambungan HDMI mempunyai kualiti gambar dan
bunyi yang terbaik. Satu kabel HDMI menggabungkan
isyarat video dan audio. Gunakan kabel HDMI untuk
isyarat TV Definisi Tinggi (HD).
Untuk pemindahan kualiti isyarat yang terbaik,
gunakan kabel HDMI berkelajuan Tinggi dan jangan
gunakan kabel HDMI yang lebih daripada 5 m.
Perlindungan salinan
Port HDMI menyokong HDCP 2.2 (Perlindungan
Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi). HDCP ialah
isyarat perlindungan salinan yang menghalang
penyalinan kandungan daripada cakera DVD atau
Cakera Blu-ray. Turut dirujuk sebagai DRM
(Pengurusan Hak Digital).
HDMI ARC
Hanya sambungan HDMI 1 pada TV yang
mempunyai HDMI ARC (Saluran Audio Kembali).
Jika peranti tersebut, biasanya Sistem Teater Rumah
(HTS), turut mempunyai sambungan HDMI ARC,
sambungkan pada HDMI 1 pada TV ini. Dengan
sambungan HDMI ARC, anda tidak perlu
menyambungkan kabel audio tambahan yang
menghantar bunyi gambar TV ke HTS. Sambungan
HDMI ARC menggabungkan kedua-dua isyarat.
HDMI CEC
Sambungkan peranti yang serasi HDMI CEC kepada
TV anda, anda boleh mengendalikannya dengan alat
kawalan jauh TV.
HDMI CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) perlu
dihidupkan pada TV dan peranti yang disambungkan.
Hidupkan CEC
Benarkan TV untuk mengawal peranti HDMI.
Utama > Tetapan > Keutamaan Peranti > Input >
Kawalan HDMI.
Automati peranti
Matikan peranti HDMI dengan TV.
Utama > Tetapan > Keutamaan Peranti > Input >
23