User manual
Table Of Contents
- Kandungan
- 1 Skrin Utama
- 2 Menyediakan
- 3 Alat Kawalan Jauh
- 4 Menghidupkan dan Mematikan
- 5 Pemasangan Saluran
- 6 Saluran
- 7 Sambungkan Peranti
- 8 Bluetooth®
- 9 Sambungkan Android TV anda
- 10 Aplikasi
- 11 Sumber
- 12 Tetapan
- 13 Ambilight
- 14 Video, Foto, Muzik & Teks
- 15 Panduan TV
- 16 Telefon pintar dan Tablet
- 17 Freeview Play
- 18 Netflix
- 19 Perisian
- 20 Spesifikasi
- 21 Bantuan dan Sokongan
- 22 Keselamatan dan Layanan
- 23 Terma Penggunaan
- 24 Hak Cipta
- 25 Penafian berkenaan perkhidmatan dan/atau perisian yang ditawarkan oleh pihak ketiga
- Katalog indeks
1.2
Buka skrin Utama
Untuk membuka skrin Utama dan melihat item...
1 - Tekan Utama.
2 - Pilih item dan tekan OK untuk
memulakannya.
3 - Tekan Kembali secara berterusan atau
tekan Utama untuk kembali kepada skrin Utama.
Apabila membuka skrin Utama, main balik
aplikasi/kandungan latar akan dihentikan. Anda perlu
memilih aplikasi atau kandungan daripada skrin
Utama untuk teruskan.
1.3
Kemas Kini Skrin Utama
Anda mungkin menerima pemberitahuan kemas kini
daripada Google dan mendapati versi baharu
pelancar Utama sudah dipasang. Dengan pelancar
Utama yang baharu, skrin Utama TV anda akan
bertukar kepada gaya dan ciri baharu.
Sorotan baharu pada skrin utama anda
Dengan berbilang tab seperti Utama, Teroka, Aplikasi
dan Cari, anda boleh menemukan filem dan
rancangan daripada perkhidmatan dan aplikasi
popular anda. Log masuk ke Akaun Google anda
untuk mendapatkan cadangan yang diperibadikan
daripada perkhidmatan penstriman anda berdasarkan
rancangan yang pernah anda tonton dan minat anda.
Gaya baharu, navigasi baharu
Tentukan rancangan yang ingin ditonton seterusnya
dengan navigasi yang mudah digunakan. Semak
imbas cadangan yang diperibadikan untuk anda,
sambung tontonan anda di tempat anda berhenti
atau cari aplikasi tertentu menggunakan sistem tab
baharu dengan cepat.
Terokai cadangan yang diperibadikan
Semak imbas rancangan dan filem yang akan anda
suka dalam semua perkhidmatan media kegemaran
anda. Mulakan dengan mendaftar masuk ke Akaun
Google anda.
Dapatkan cadangan Google secara menyeluruh
Perkhidmatan anda disimpan dalam Akaun Google
anda supaya anda boleh mendapatkan cadangan
Google yang lebih baik secara menyeluruh.
5