User Guide

Table Of Contents
8
Sambungkan
Android TV anda
8.1
Rangkaian dan Internet
Rangkaian Rumah
Untuk menikmati keupayaan penuh Android TV
Philips anda, TV anda perlu disambungkan ke
Internet.
Sambungkan TV ke rangkaian rumah dengan
sambungan Internet berkelajuan tinggi. Anda boleh
sambungkan TV anda secara wayarles atau berwayar
kepada penghala rangkaian anda.
Sambung kepada Rangkaian
Sambungan Wayarles
Apa Yang Anda Perlukan
Untuk menyambungkan TV ke Internet secara
wayarles, anda memerlukan penghala Wi-Fi dengan
sambungan ke Internet.
Gunakan sambungan (jalur lebar) kelajuan tinggi ke
Internet.
Hidupkan atau Matikan Wi-Fi
Tetapan > Wayarles dan
Rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Wi-Fi
Hidup/Mati.
Buat Sambungan
 Tetapan > Wayarles dan
Rangkaian > Berwayar atau Wi-
Fi > Sambung kepada Rangkaian > Wayarles.
1 - Dalam senarai rangkaian yang ditemui, pilih pada
rangkaian wayarles anda. Jika rangkaian anda tiada
dalam senarai kerana nama rangkaian disembunyikan
(anda mematikan siaran SSID penghala),
pilih Tambah Rangkaian Baharu untuk
memasukkan sendiri nama rangkaian.
2 - Bergantung pada jenis penghala, masukkan kunci
penyulitan anda - WPA2 atau WPA3. Jika anda
memasukkan kunci penyulitan untuk rangkaian ini
sebelum ini, anda boleh memilih OK untuk
membuat sambungan serta-merta.
3 - Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan
berjaya.
Masalah
Rangkaian wayarles tidak ditemui atau herot
• Ketuhar gelombang mikro, telefon DECT atau
peranti Wi-Fi 802.11b/g/n/ac lain yang berdekatan
dengan anda mungkin akan mengganggu rangkaian
wayarles tersebut.
• Pastikan bahawa tembok api dalam rangkaian anda
membenarkan akses kepada sambungan wayarles
TV.
• Jika rangkaian wayarles tidak berfungsi dengan
betul di rumah anda, cuba gunakan pemasangan
rangkaian berwayar.
Internet tidak berfungsi
• Jika sambungan kepada penghala OK, periksa
sambungan penghala kepada Internet pula.
Sambungan PC dan Internet adalah lemah
• Rujuk manual pengguna penghala wayarles anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai julat dalam
bangunan, kadar pemindahan dan faktor kualiti
isyarat yang lain.
• Gunakan sambungan Internet kelajuan tinggi (jalur
lebar) untuk penghala anda.
DHCP
• Jika sambungan gagal, cuba semak tetapan DHCP
(Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) pada penghala.
DHCP perlu dihidupkan.
Dalam Bantuan, tekan kekunci warna  Kata
Kunci dan cari Penyelesaian Masalah untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Sambungan Berwayar
Apa Yang Anda Perlukan
Untuk menyambungkan TV ke Internet, anda
memerlukan penghala rangkaian dengan sambungan
ke Internet. Gunakan sambungan (jalur lebar)
kelajuan tinggi ke Internet.
37