User Guide

Table Of Contents
Tetapkan semula semua tetapan bunyi EasyLink 2.0
kepada tetapan kilang asal.
Penentukuran Bilik
Penentukuran bilik
 Tetapan > Bunyi > Penentukuran bilik.
Penentukuran ini akan membolehkan TV menentukan
akustik di dalam bilik anda dan menyediakan kualiti
bunyi yang dioptimumkan pada pembesar suara TV
yang paling sepadan dengan akustik.
Anda perlu menggandingkan alat kawalan jauh anda
dengan TV sebelum memulakan persediaan dan
pastikan tetapan keluar Audio TV ialah pembesar
suara TV. Untuk hasil yang lebih tepat, sila pastikan
keadaan bilik adalah senyap.
Untuk memulakan penentukuran bilik…
1 - Pegang alat kawalan jauh anda pada kedudukan
mendengar dan tudingkannya ke arah TV semasa
proses penalaan.
2 - Pilih Tentukur sekarang atau Tentukur sekali lagi
untuk memulakan penentukuran.
3 - Bunyi ujian akan dimainkan dan diukur melalui
alat kawalan jauh anda. Pegang alat kawalan jauh
anda dan halakan ke arah TV, ini boleh mengambil
masa beberapa saat.
4 - Setelah pembesar suara TV anda berjaya
ditentukur, pilih Ujian untuk mendengar bunyi
sebelum dan selepas pembesar suara TV ditentukur.
Pilih Gunakan untuk menerima tetapan atau pilih
Cuba lagi untuk membuat semula penentukuran.
5 - Apabila persediaan penentukuran bilik berjaya
dan digunakan, TV akan kembali kepada menu
Tetapan. Sekarang akses  Tetapan
> Bunyi > Penentukuran bilik dan pilih Gunakan
penentukuran untuk menala output audio daripada
pembesar suara TV.
Tetapan Bunyi Lanjutan
Kawalan kelantangan
Kelantangan automatik
 Tetapan
> Bunyi > Lanjutan > Kelantangan
automatik.
Pilih Hidup atau Mati untuk menghidupkan atau
mematikan pelarasan kelantangan automatik.
Pilih Mod Malam untuk pengalaman mendengar yang
lebih perlahan dan selesa.
Kelantangan delta
 Tetapan
> Bunyi > Lanjutan > Kelantangan delta.
Tetapan kelantangan Delta boleh digunakan untuk
melaraskan dan mengimbangkan perbezaan tahap
bunyi antara saluran TV dengan input sumber HDMI.
Tekan anak panah  (atas)
atau  (bawah) untuk melaraskan nilai delta
bagi kelantangan pembesar suara TV.
* Nota: Kelantangan delta tersedia apabila sumber
input ditetapkan kepada HDMI atau sumber Analog
dan Audio keluar ditetapkan kepada pembesar suara
TV atau sistem bunyi HDMI.
Tetapan Audio Keluar
Audio keluar
 Menu Pantas > Tetapan Lazim > Audio
keluar.
Tetapkan TV untuk memainkan bunyi pada TV atau
pada sistem audio yang bersambung.
Anda boleh memilih tempat anda mahu mendengar
bunyi TV dan cara anda mahu mengawalnya.
• Jika anda memilih Pembesar suara TV mati,
anda mematikan pembesar suara TV secara kekal.
• Jika anda memilih Pembesar suara TV,
pembesar suara TV akan sentiasa hidup.
Dengan peranti audio yang disambungkan dengan
HDMI CEC, pilih sistem bunyi HDMI. TV akan
mematikan pembesar suara TV apabila peranti
memainkan bunyi.
Apabila peranti audio Philips TAH6206 (USB)
disambungkan dengan TV, anda boleh memilih
Philips TAH6206 (USB) untuk memainkan bunyi TV
dengan peranti.
Jika pembesar suara Bluetooth® sudah
digandingkan dengan TV anda, pembesar suara itu
akan tersedia pada senarai peranti audio keluar
dengan nama peranti.
Apabila peranti yang serasi dengan DTS Play-Fi telah
dikonfigurasi dengan betul dan dihidupkan, anda
boleh memilih Teater Rumah Wayarles Play-Fi untuk
ditetapkan sebagai peranti audio keluar.
eARC
 Tetapan > Bunyi > Lanjutan > eARC.
Tetapkan mod eARC kepada Automatik atau Mati.
57