User Guide

Table Of Contents
17
Rakaman dan Jeda
TV
17.1
Rakaman
Apa Yang Anda Perlukan
Anda boleh merakam siaran TV digital dan menonton
siaran kemudian.
Untuk merakam program TV, anda memerlukan…
• Pemacu Keras USB disambungkan yang diformatkan
pada TV ini
• saluran TV digital dipasang pada TV ini
• untuk menerima maklumat saluran untuk Panduan
TV pada skrin
• tetapan jam TV yang boleh dipercayai. Jika anda
menetapkan semula jam TV secara manual, rakaman
mungkin gagal.
Anda tidak boleh merakam semasa anda
menggunakan Jeda TV.
Dari segi penguatkuasaan undang-undang hak cipta,
sesetengah pembekal DVB boleh menggunakan
sekatan berbeza melalui teknologi DRM (Pengurusan
Hak Digital). Rakaman, kesahan rakaman atau
bilangan tontonan akan disekat apabila anda
menyiarkan saluran terlindung. Rakaman mungkin
dihalang sepenuhnya. Â Mesej ralat akan muncul
apabila anda merakam siaran terlindung atau memain
balik rakaman tamat tempoh.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
pemasangan Pemacu Keras USB, dalam Bantuan,
tekan kekunci warna  Kata kunci  dan
cari Pemacu Keras USB.
Nota:Â
Fungsi rakaman ini hanya untuk siaran TV digital.
Anda tidak boleh merakam kandungan daripada
peranti luaran (cth. HDMI).
Rakam Program
Rakam Sekarang
Untuk merakam program yang anda sedang tonton,
tekan  (Rakam) pada alat kawalan jauh.
Rakaman akan bermula serta-merta.
Untuk menghentikan rakaman,
tekan  (Berhenti).
Apabila data Panduan TV tersedia, program yang
anda tonton akan dirakam dari saat anda menekan
kekunci rakaman sehinggalah program tamat. Jika
tiada data Panduan TV tersedia, rakaman hanya akan
berlangsung selama 30 minit. Anda boleh melaraskan
masa tamat rakaman dalam senarai Rakaman.
Jadualkan Rakaman
Anda boleh menjadualkan rakaman bagi program
akan datang untuk hari ini atau beberapa hari dari hari
ini (maksimum 8 hari seterusnya). TV akan
menggunakan data daripada Panduan TV untku
memulakan dan menamatkan rakaman.
Untuk merakam program…
1 - Tekan  TV GUIDE.
2 - Pada Panduan TV, pilih saluran dan program
yang anda mahu rakam. Tekan  (kanan)
atau  (kiri) untuk menatal program saluran.
Gunakan kekunci warna  Hari  untuk memilih
hari yang anda perlukan.
3 - Dengan program diserlahkan, tekan kekunci
warna  Rakam . Program dijadualkan untuk
rakaman. Amaran akan ditunjukkan secara automatik
apabila rakaman bertindih dijadualkan. Jika anda
merancang untuk merakam program semasa anda
tiada di rumah, jangan lupa untuk menetapkan TV
kepada mod Tunggu Sedia dan menghidupkan
Pemacu Keras USB.
4 - TV menambah beberapa jidar masa pada akhir
program. Anda boleh melaraskan jidar ini
dengan Jidar Hujung Automatik.
5 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
Anda juga boleh melihat senarai peringatan yang
telah anda tetapkan.
Untuk membuka senarai peringatan…
1 - Tekan  TV GUIDE.
2 - Tekan kekunci warna Berjadual .
3 - Di bahagian atas skrin,
pilih  Dijadualkan  dan tekan OK.
4 - Dalam senarai rakaman dan peringatan yang
dijadualkan, pilih tab Peringatan dan
tekan OK untuk melihat peringatan sahaja.
5 - Tekan kekunci warna  Alih Keluar  untuk
mengalih keluar peringatan yang dipilih. Tekan
kekunci warna  Rakam  untuk merakam
program yang dipilih.
6 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
Senarai Rakaman
Anda boleh melihat dan menguruskan rakaman anda
dalam senarai rakaman. Bersebelahan dengan
senarai rakaman, terdapat senarai berasingan untuk
rakaman dan peringatan yang dijadualkan.
Untuk membuka senarai rakaman…
71