User Guide

Table Of Contents
28
Keselamatan dan
Layanan
28.1
Keselamatan
Penting
Baca dan fahami semua arahan keselamatan
sebelum anda menggunakan TV. Jika kerosakan
disebabkan oleh kegagalan mematuhi peraturan,
jaminan tidak terpakai.
Risiko Terkena Kejutan Elektrik atau
Kebakaran
• Jangan sekali-kali dedahkan TV kepada hujan atau
air. Jangan sekali-kali letakkan bekas yang
mengandungi cecair, seperti pasu, berhampiran
dengan TV.Â
Jika cecair tertumpah ke atas atau ke dalam TV,
putuskan sambungan TV daripada salur kuasa
dengan serta-merta.Â
Hubungi Layanan Pelanggan Philips TVÂ supaya TV
dapat diperiksa sebelum digunakan.
• Jangan sekali-kali dedahkan TV, alat kawalan jauh
atau bateri kepada haba melampau. Jangan sekali-
kali letakkan TV berhampiran lilin yang menyala,
nyalaan terbuka atau sumber haba yang lain,
termasuk cahaya matahari langsung.
• Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot
pengudaraan atau bukaan lain pada TV.
• Jangan sekali-kali letakkan sebarang objek berat di
atas kord kuasa.
• Elakkan tekanan ke atas palam kuasa. Palam kuasa
yang longgar boleh mengakibatkan arka elektrik atau
kebakaran. Pastikan tiada tekanan dikenakan ke atas
kord kuasa apabila anda memusingkan skrin TV.
• Untuk memutuskan sambungan TV daripada sesalur
kuasa, palam kuasa TV perlu ditanggalkan. Setiap kali
memutuskan sambungan kuasa, tarik palam kuasa
dan bukan kordnya. Pastikan anda sentiasa dapat
mencapai palam kuasa, kord kuasa dan soket alur
keluar pada bila-bila masa.
Risiko Kecederaan atau Kerosakan
terhadap TV
• Dua orang diperlukan untuk mengangkat dan
membawa TV yang beratnya melebihi 25 kg atau 55
paun.
• Jika anda melekapkan TV di atas dirian, gunakan
dirian yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan dirian
kepada TV dengan ketat.Â
Letakkan TV di atas permukaan yang rata dan
mendatar yang boleh menyokong berat TV dan
dirian.
• Apabila dilekapkan pada dinding, pastikan bahawa
lekapan dinding boleh menahan berat set TV dengan
selamat. TP Vision tidak bertanggungjawab terhadap
pelekapan dinding yang tidak sesuai yang
mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau
kerosakan.
• Beberapa bahagian produk ini diperbuat daripada
kaca. Berhati-hati semasa mengendalikannya untuk
mengelakkan kecederaan atau kerosakan.
Risiko kerosakan terhadap TV !
Sebelum anda menyambungkan TV kepada alur
keluar kuasa, pastikan voltan kuasa menyamai nilai
yang tercetak di bahagian belakang TV. Jangan sekali-
kali sambungkan TV kepada alur keluar kuasa jika
voltan berbeza.
Bahaya Kestabilan
Set televisyen mungkin terjatuh, menyebabkan
kecederaan serious kepada diri atau kematian.
Banyak kecederaan, terutamanya kepada kanak-
kanak, boleh dielakkan dengan mengambil langkah
berjaga-jaga mudah seperti:
• PASTIKAN set televisyen tidak tergantung pada
pinggir perabot penyokong.
• SENTIASA gunakan kabinet atau dirian atau kaedah
lekapan yang disyorkan oleh pengeluar set
televisyen.
• SENTIASA gunakan perabot yang boleh menyokong
set televisyen dengan selamat.
• SENTIASA didik kanak-kanak tentang bahaya
memanjat perabot untuk mencapai set televisyen
atau alat kawalan jauh televisyen.
• SENTIASA halakan kord dan kabel yang
disambungkan kepada televisyen anda agar kord dan
kabel tidak boleh menyebabkan orang tersadung,
ditarik atau disambar.
• JANGAN SEKALI-KALI meletakkan set televisyen di
lokasi yang tidak stabil.
• JANGAN SEKALI-KALI meletakkan set televisyen
pada perabot yang tinggi (contohnya, almari atau rak
buku) tanpa menambatkan perabot dan set
televisyen kepada dinding atau sokongan yang
sesuai.
95