operation manual

Audio Kembali).
HDMI CEC - EasyLink
EasyLink
Sambungan HDMI mempunyai kualiti gambar dan
bunyi yang terbaik. Satu kabel HDMI menggabungkan
isyarat video dan audio. Gunakan kabel HDMI untuk
isyarat TV Definisi Tinggi (HD) atau Ultra HD (UHD).
Untuk pemindahan kualiti isyarat yang terbaik,
gunakan kabel HDMI berkelajuan Tinggi dan jangan
gunakan kabel HDMI yang lebih daripada 5 m.
EasyLink HDMI CEC
Jika peranti anda disambungkan dengan HDMI dan
mempunyai EasyLink, anda boleh mengendalikannya
dengan alat kawalan jauh TV. EasyLink HDMI CEC
perlu Dihidupkan pada TV dan peranti yang
disambungkan.
Dengan EasyLink anda boleh mengendalikan peranti
yang disambungkan dengan alat kawalan jauh TV.
EasyLink menggunakan HDMI CEC (Kawalan
Elektronik Pengguna) untuk berkomunikasi dengan
peranti yang disambungkan. Peranti perlu
menyokong HDMI CEC dan perlu disambungkan
dengan sambungan HDMI.
Persediaan EasyLink
TV didatangkan dengan EasyLink dihidupkan.
Pastikan bahawa semua tetapan HDMI CEC
disediakan dengan betul pada peranti EasyLink yang
disambungkan. EasyLink mungkin tidak berfungsi
dengan peranti daripada jenama lain.
HDMI CEC pada jenama lain
Kefungsian HDMI CEC mempunyai nama yang
berbeza pada jenama berbeza. Beberapa contoh
ialah: Anynet, Aquos Link, Bravia Theatre Sync, Kuro
Link, Simplink dan Viera Link. Tidak semua jenama
serasi sepenuhnya dengan EasyLink.
Contoh nama penjenamaan HDMI CEC adalah harta
pemilik masing-masing.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
penggunaan EasyLink, tekan kekunci warna
Kata
Kunci dan cari EasyLink HDMI CEC.
Kendalikan Peranti
Untuk mengendalikan peranti yang bersambung ke
HDMI dan menyediakanya dengan EasyLink, pilih
peranti tersebut atau aktivitinya dalam senarai
sambungan TV. Tekan
SOURCES , pilih peranti
yang disambungkan ke sambungan HDMI dan
tekan OK.
Sebaik sahaja peranti dipilih, alat kawalan jauh TV
boleh mengawal peranti. Bagaimanapun,
kekunci
HOME dan
OPTIONS dan
beberapa kekunci TV lain, seperti
Ambilight , tidak
dimajukan ke peranti.
Jika kekunci yang anda perlukan tiada pada alat
kawalan jauh TV, anda boleh memilih kekunci dalam
menu Pilihan.
Tekan
OPTIONS dan pilih Kawalan dalam bar
menu. Pada skrin, pilih kekunci peranti yang anda
perlukan dan tekan OK.
Sesetengah kekunci peranti yang sangat khusus
mungkin tidak tersedia dalam menu Kawalan.
Hanya peranti yang menyokong fungsi Alat Kawalan
Jauh EasyLink yang akan memberi respons terhadap
alat kawalan jauh TV.
Tetapan EasyLink
TV didatangkan dengan tetapan EasyLink
dihidupkan.
EasyLink
Untuk mematikan EasyLink sepenuhnya…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Tetapan TV dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih EasyLink, tekan
(kanan) dan
pilih EasyLink satu langkah lebih.
4 - Pilih Mati.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Kawalan Jauh EasyLink
Jika anda mahu peranti berkomunikasi tetapi anda
tidak mahu mengendalikannya dengan alat kawalan
jauh TV, anda boleh mematikan alat kawalah jauh
EasyLink secara berasingan.
Dalam menu tetapan EasyLink, pilih Alat Kawalan
Jauh EasyLink dan pilih Mati.
DVI ke HDMI
Jika anda masih memiliki peranti yang hanya
mempunyai sambungan DVI, anda boleh
menyambungkan peranti ke mana-mana
sambungan HDMI dengan DVI ke penyesuai HDMI.
Gunakan DVI ke penyesuai HDMI jika peranti anda
14