operation manual

18
Spesifikasi
18.1
Persekitaran
Label Tenaga Eropah
Label Tenaga Eropah memberikan anda maklumat
mengenai kelas kecekapan tenaga produk ini.
Semakin hijau kelas kecekapan tenaga produk ini,
semakin rendah penggunaan tenaganya.
Pada label, anda boleh menemui kelas kecekapan
tenaga, penggunaan kuasa purata yang produk ini
gunakan dan penggunaan tenaga purata untuk 1
tahun. Anda juga boleh menemui nilai penggunaan
kuasa untuk produk ini di laman web Philips untuk
negara anda di www.philips.com/TV
Fis Produk
55PUS8700
• Kelas Kecekapan Tenaga : B
• Saiz Skrin Tampak : 139 cm / 55 inci
• Penggunaan Kuasa Mod Hidup (W) : 122 W
• Penggunaan Tenaga Tahunan (kWj) * : 178 kWh
• Penggunaan Kuasa Tunggu Sedia (W) ** : 0.50 W
• Penggunaan Kuasa Mod Mati (W) : 0.30 W
• Resolusi Paparan (Piksel) : 3840 x 2160p
65PUS8700
• Kelas Kecekapan Tenaga : B
• Saiz Skrin Tampak : 164 cm / 65 inci
• Penggunaan Kuasa Mod Hidup (W) : 161W
• Penggunaan Tenaga Tahunan (kWj) * : 235 kWh
• Penggunaan Kuasa Tunggu Sedia (W) **: 0.50 W
• Penggunaan Kuasa Mod Mati (W) : 0.30 W
• Resolusi Paparan (Piksel) : 3840 x 2160p
* Penggunaan Tenaga kWj setiap tahun berdasarkan
penggunaan kuasa televisyen yang beroperasi 4 jam
sehari selama 365 hari. Penggunaan tenaga sebenar
bergantung pada cara penggunaan televisyen.
** Apabila TV dimatikan dengan alat kawalan jauh
dan tiada fungsi yang aktif.
Akhir Penggunaan
Pembuangan produk lama dan bateri anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
bahan dan komponen berkualiti tinggi yang boleh
dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah
dilekatkan pada produk, ini bermakna produk
dilindungi oleh European Directive 2002/96/EC.
Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan
berasingan setempat untuk produk elektrik dan
elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan
jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah
yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang
betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang
berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh
European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai
pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan
yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif
yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
18.2
Kuasa
Spesifikasi produk tertakluk kepada perubahan tanpa
notis. Untuk butiran spesifikasi lanjut mengenai
produk ini, lihat www.philips.com/support
Kuasa
• Kuasa sesalur : AC 220-240V +/-10%
• Suhu sekitar : 5°C hingga 35°C
• Ciri penjimatan kuasa : Penderia cahaya, Mod
ekologi, Redam gambar (untuk radio), Pemasa
pematian auto, Menu tetapan ekologi.
Untuk maklumat mengenai penggunaan kuasa, lihat
bab Fis Produk.
Pengadaran kuasa yang dinyatakan pada plat jenis
produk adalah penggunaan kuasa untuk produk ini
semasa penggunaan rumah biasa (IEC 62087 Ed.2).
Pengadaran kuasa maksimum, dinyatakan antara
tanda kurung, digunakan untuk keselamatan elektrik
(IEC 60065 Ed. 7.2).
78