operation manual

3
Rangkaian
3.1
TV Pintar dan Internet
Tiada TV Pintar tanpa Internet.
TV Pintar ini bukanlah TV pintar jika ia tidak
disambungkan kepada rangkaian rumah anda dan
Internet. Kami mengesyorkan agar ia disambungkan
kepada Internet ketika anda mula menggunakan TV
Pintar anda yang baharu. Manfaatnya tidak terkira.
Anda boleh sambungkan TV anda secara wayarles
atau berwayar kepada penghala rangkaian anda.
3.2
Sambung kepada Rangkaian
Sambungan Wayarles
Apa Yang Anda Perlukan
Untuk menyambungkan TV ke Internet secara
wayarles, anda memerlukan penghala Wi-Fi dengan
sambungan ke Internet.
Gunakan sambungan (jalur lebar) kelajuan tinggi ke
Internet.
Buat Sambungan
Wayarles
Untuk membuat sambungan wayarles…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Wayarles dan Rangkaian dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
3 - Pilih Berwayar atau Wi-Fi > Sambung kepada
Rangkaian dan tekan OK.
4 - Pilih Wayarles dan tekan OK.
5 - Dalam senarai rangkaian yang ditemui, pilih pada
rangkaian wayarles anda. Jika rangkaian anda tiada
dalam senarai kerana nama rangkaian disembunyikan
(anda mematikan siaran SSID penghala),
pilih Tambah Rangkaian Baharu untuk memasukkan
sendiri nama rangkaian.
6 - Bergantung kepada jenis penghala, masukkan
kunci penyulitan anda - WEP, WPA atau WPA2. Jika
anda memasukkan kunci penyulitan untuk rangkaian
ini sebelum ini, anda boleh memilih OK untuk
membuat sambungan serta-merta.
7 - Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan
berjaya.
WPS
Jika penghala anda mempunyai WPS, anda boleh
menyambung secara terus ke penghala tanpa
mengimbas rangkaian. Jika anda mempunyai peranti
dalam rangkaian wayarles anda yang menggunakan
sistem penyulitan keselamatan WEP, anda tidak
boleh menggunakan WPS.
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Wayarles dan Rangkaian dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
3 - Pilih Berwayar atau Wi-Fi > Sambung kepada
Rangkaian dan tekan OK.
4 - Pilih WPS kemudian tekan OK.
5 - Pergi ke penghala, tekan butang WPS dan
kembali ke TV dalam masa 2 minit.
6 - Pilih Sambung untuk membuat sambungan.
7 - Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan
berjaya.
WPS dengan Kod PIN
Jika penghala anda mempunyai WPS dengan kod
PIN, anda boleh menyambung secara terus ke
penghala tanpa mengimbas rangkaian. Jika anda
mempunyai peranti dalam rangkaian wayarles anda
yang menggunakan sistem penyulitan keselamatan
WEP, anda tidak boleh menggunakan WPS.
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Wayarles dan Rangkaian dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
3 - Pilih Berwayar atau Wi-Fi > Sambung kepada
Rangkaian dan tekan OK.
4 - Pilih WPS dengan kod PIN dan tekan OK.
5 - Tuliskan kod PIN 8 digit yang ditunjukkan pada
skrin dan masukkannya dalam perisian penghala
pada PC anda. Rujuk manual penghala bagi
mendapatkan tempat memasukkan kod PIN dalam
perisian penghala.
6 - Pilih Sambung untuk membuat sambungan.
7 - Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan
berjaya.
9