operation manual

Table Of Contents
4
Menghidupkan dan
Mematikan
4.1
Hidup atau Tunggu Sedia
Pastikan TV disambungkan ke sesalur kuasa AC.
Sambungkan kord kuasa yang diberikan ke
penyambung AC in di bahagian belakang TV.
Lampu penunjuk di bahagian bawah TV akan
bernyala.
Hidupkan
Tekan  pada alat kawalan jauh untuk
menghidupkan TV. Sebaliknya,
tekan  HOME . Anda juga boleh menekan
kekunci kayu bedik yang kecil pada bahagian
belakang TV untuk menghidupkan TV sekiranya anda
tidak dapat mencari alat kawalan jauh atau baterinya
kosong.
Beralih kepada mod tunggu sedia
Untuk menukar mod TV kepada tunggu sedia,
tekan  pada alat kawalan jauh. Anda juga boleh
menekan kekunci kayu bedik yang kecil pada
bahagian belakang TV.
Dalam mod tunggu sedia, TV masih bersambung ke
sesalur kuasa tetapi menggunakan tenaga yang
sangat sedikit.
Untuk mematikan TV sepenuhnya, putuskan
sambungan palam kuasa.
Setiap kali anda memutuskan sambungan palam
kuasa, tarik palam kuasa dan bukan kordnya. Pastikan
anda sentiasa dapat mencapai palam kuasa, kord
kuasa dan soket alur keluar pada bila-bila masa.
4.2
Kekunci pada TV
Jika anda kehilangan alat kawalan jauh atau
baterinya kosong, anda masih boleh melakukan
beberapa pengendalian TV asas.
Untuk membuka menu asas…
1 - Semasa TV dihidupkan, tekan kekunci kayu bedik
di bahagian belakang TV untuk mengeluarkan menu
asas.
2 - Tekan kiri atau kanan untuk memilih Â
Kelantangan,  Saluran atau  Sumber. Pilih
 Demo, untuk memulakan filem demo.
3 - Tekan atas atau bawah untuk melaraskan
kelantangan atau menala ke saluran seterusnya atau
sebelumnya. Tekan atas atau bawah untuk melihat
senarai sumber, termasuk pemilihan penala. Tekan
kekunci kayu bedik untuk memulakan filem demo.
4 - Menu akan hilang secara automatik.
Untuk menukar mod TV kepada tunggu sedia,
pilih dan tekan kekunci kayu bedik.
12