operation manual

Ofset Audio Keluar
Jika anda tidak boleh menetapkan lengah pada
Sistem Teater Rumah, anda boleh menetapkan TV
untuk menyegerakkan bunyi. Anda boleh
menetapkan ofset yang mengimbangi masa yang
diperlukan untuk Sistem Teater Rumah memproses
bunyi gambar TV. Anda boleh menetapkan nilai
dalam langkah 5ms. Tetapan maksimum ialah -60ms.
Tetapan Lengah Audio Keluar perlu dihidupkan.
Untuk menyegerakkan bunyi pada TV…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Bunyi dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Lanjutan > Ofset Audio Keluar dan
tekan OK.
4 - Gunakan bar gelongsor untuk menetapkan ofset
bunyi dan tekan OK.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Format Audio Keluar
Jika anda mempunyai Sistem Teater Rumah (HTS)
dengan keupayaan pemprosesan berbilang saluran
seperti Dolby Digital, DTS® atau yang serupa,
tetapkan Format Audio Keluar ke Berbilang saluran.
Dengan Berbilang saluran, TV boleh menghantar
isyarat bunyi berbilang saluran mampat daripada
saluran TV atau pemain yang bersambung ke Sistem
Teater Rumah. Jika anda mempunyai Sistem Teater
Rumah tanpa pemprosesan bunyi berbilang saluran,
pilih Stereo.
Untuk menetapkan Format Audio Keluar…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Bunyi dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Lanjutan > Format Audio Keluar dan
tekan OK.
4 - Pilih Berbilang saluran atau Stereo
(dinyahmampat), kemudian tekan OK.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Pengimbangan Audio Keluar
Gunakan tetapan Pengimbangan Audio Keluar untuk
mengimbangkan kelantangan (kenyaringan) TV dan
Sistem Teater Rumah apabila anda beralih ke yang
lain. Perbezaan kelantangan boleh disebabkan oleh
perbezaan dalam pemprosesan bunyi.
Untuk menyamakan perbezaan kelantangan…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Bunyi dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Lanjutan > Pengimbangan Audio
Keluar dan tekan OK.
4 - Pilih Lebih, Sederhana atau Kurang kemudian
tekan OK.
5 - Jika perbezaan kelantangan adalah besar,
pilih Lebih. Jika perbezaan kelantangan adalah kecil,
pilih Kurang.
6 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Pengimbangan Audio Keluar menjejaskan isyarat
bunyi Audio Keluar - Optik dan HDMI ARC.
Masalah dengan bunyi HTS
Bunyi dengan hingar yang kuat
Jika anda menonton video daripada pemacu kilat
USB yang dipasangkan atau komputer yang
disambungkan, bunyi daripada Sistem Teater Rumah
anda mungkin herot. Hingar ini didengari apabila fail
audio atau video mempunyai bunyi DTS tetapi Sistem
Teater Rumah tidak mempunyai pemprosesan bunyi
DTS. Anda boleh membetulkan ini dengan
menetapkan Format Audio Keluar TV
kepada Stereo (dinyahmampat).
Tekan
untuk Semua
Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Format Audio
Keluar.
Tiada bunyi
Jika anda tidak boleh mendengar bunyi daripada TV
pada Sistem Teater Rumah anda, pastikan jika anda
menyambungkan kabel HDMI ke sambungan HDMI
ARC pada Sistem Teater Rumah. Semua sambungan
HDMI pada TV ialah sambungan HDMI ARC.
5.5
Telefon pintar dan Tablet
Anda boleh menggunakan sambungan wayarles atau
berwayar untuk menyambungkan telefon pintar atau
tablet ke TV.
Wayarles
Untuk sambungan wayarles, muat turun Philips TV
Remote App daripada gedung aplikasi kegemaran
anda pada telefon pintar atau tablet anda. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, dalam Bantuan,
pilih Kata Kunci dan cari Philips TV Remote
App untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berwayar
Untuk sambungan berwayar, gunakan sambungan
HDMI 4 MHL di bahagian belakang TV. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, dalam Bantuan, pilih
22