operation manual

10
Rakaman dan Jeda
TV
10.1
Rakaman
Apa Yang Anda Perlukan
Anda boleh merakan siaran TV digital dan
menontonnya kemudian.
Untuk merakam program TV, anda memerlukan…
• Pemacu Keras USB disambungkan yang diformatkan
pada TV ini
• saluran TV digital dipasang pada TV ini
• untuk menerima maklumat saluran untuk Panduan
TV pada skrin
• tetapan jam TV yang boleh dipercayai. Jika anda
menetapkan semula jam TV secara manual, rakaman
mungkin gagal.
Anda tidak boleh merakam semasa anda
menggunakan Jeda TV.
Dari segi penguatkuasaan undang-undang hak cipta,
sesetengah pembekal DVB boleh menggunakan
sekatan berbeza melalui teknologi DRM (Pengurusan
Hak Digital). Rakaman, kesahan rakaman atau
bilangan tontonan akan disekat apabila anda
menyiarkan saluran terlindung. Rakaman mungkin
dihalang sepenuhnya. Mesej ralat akan muncul
apabila anda merakam siaran terlindung atau memain
balik rakaman tamat tempoh.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
pemasangan Pemacu Keras USB, dalam Bantuan,
pilih Kata Kunci dan cari Pemacu Keras USB,
pemasangan.
Rakam Program
Rakam Sekarang
Untuk merakam program yang anda sedang tonton,
tekan
(Rakam) pada alat kawalan jauh. Rakaman
akan bermula serta-merta.
Untuk menghentikan rakaman, tekan
(Berhenti).
Apabila data Panduan TV tersedia, program yang
anda tonton akan dirakam dari saat anda menekan
kekunci rakaman sehinggalah program tamat. Jika
tiada data Panduan TV tersedia, rakaman hanya akan
berlangsung selama 30 minit. Anda boleh melaraskan
masa tamat rakaman dalam senarai Rakaman.
Jadualkan Rakaman
Anda boleh menjadualkan rakaman bagi program
akan datang untuk hari ini atau beberapa hari dari hari
ini (maksimum 8 hari seterusnya). TV akan
menggunakan data daripada Panduan TV untku
memulakan dan menamatkan rakaman.
Untuk merakam program…
1 - Tekan
TV GUIDE.
2 - Pada Panduan TV, pilih saluran dan program
yang anda mahu rakam. Tekan
(kanan)
atau
(kiri) untuk menatal program saluran.
Tekan
OPTIONS dan pilih hari yang anda
perlukan.
3 - Dengan program diserlahkan,
Tekan
OPTIONS, pilih Rakam. Program
dijadualkan untuk rakaman. Amaran akan ditunjukkan
secara automatik apabila rakaman bertindih
dijadualkan. Jika anda merancang untuk merakam
program semasa anda tiada, jangan lupa untuk
memastikan TV dalam keadaan Tunggu Sedia dan
Pemacu Keras USB dihidupkan.
4 - TV menambah beberapa jidar masa pada akhir
program. Anda boleh melaraskan jidar ini
dengan Jidar Hujung Automatik.
5 - Tekan
BACK untuk menutup menu.
Konflik Rakaman
Terdapat konflik rakaman apabila dua rakaman yang
dijadualkan mempunyai masa yang bertindih. Untuk
menyelesaikan konflik rakaman, anda boleh
melaraskan masa mula dan masa tamat bagi salah
satu atau kedua-dua rakaman yang dijadualkan.
Untuk melaraskan masa mula atau masa tamat
rakaman yang dijadualkan…
1 - Tekan
TV GUIDE.
2 - Tekan
OPTIONS dan pilih Rakam.
3 - Di bahagian atas skrin, pilih
Dijadualkan dan
tekan OK.
4 - Dalam senarai rakaman dan peringatan yang
dijadualkan, pilih tab Rakaman dan
tekan OK untuk melihat rakaman yang dijadualkan
sahaja.
5 - Pilih rakaman dijadualkan yang bercanggah
dengan rakaman dijadualkan yang lain dan tekan
kekunci warna
Laraskan Masa .
6 - Pilih masa mula dan masa akhir dan ubah masa
menggunakan kekunci
(atas) atau
(bawah).
Pilih Gunakan dan tekan OK.
7 - Tekan
BACK untuk menutup menu.
45