operation manual

Table Of Contents
anda boleh menggandingkan TV dengan alat kawalan
jauh sekali lagi.
Anda boleh menekan lama kekunci PAIR (untuk kira-
kira 3 saat) untuk penggandingan.
Secara alternatif, pergi ke  Tetapan > Wayarles
dan rangkaian >Â Alat kawalan
jauh > Gandingkan alat kawalan jauh, kemudian
ikut arahan pada skrin.Â
Mesej akan dipaparkan apabila penggandingan
berjaya.
Perisian Alat Kawalan Jauh
  Tetapan > Wayarles dan rangkaian > Alat
kawalan jauh > Maklumat alat kawalan jauh
Setelah alat kawalan jauh digandingkan, anda boleh
menyemak versi semasa perisian alat kawalan jauh.
  Tetapan > Wayarles dan rangkaian > Alat
kawalan jauh > Kemas kini perisian alat kawalan
jauh
Semak perisian alat kawalan jauh yang tersedia untuk
kemas kini.
3.3
Carian Suara
Anda boleh mencari video, muzik atau apa sahaja di
Internet dengan menggunakan suara anda sahaja.
Anda boleh bertutur ke dalam mikrofon pada alat
kawalan jauh.
Anda perlu menggandingkan alat kawalan jauh
dengan TV sebelum menggunakan carian suara.
Untuk menggunakan Suara...
1 - Tekan  pada alat kawalan jauh, cahaya biru
pada alat kawalan jauh akan bernyala, medan carian
akan dibuka dan mikrofon akan menjadi aktif.
2 - Sebutkan perkara yang anda cari dengan sebutan
yang jelas. Anda boleh bertutur selama 10 saat
sebelum mikrofon dimatikan. Ia mungkin memakan
masa untuk hasil kelihatan.
3 - Dalam senarai hasil carian, anda boleh memilih
item yang anda mahu.
3.4
Penderia IR
TV boleh menerima perintah daripada alat kawalan
jauh yang menggunakan IR (inframerah) untuk
menghantar perintah. Jika anda menggunakan alat
kawalan jauh tersebut, sentiasa pastikan bahawa
anda menghalakan alat kawalan jauh ke penderia
inframerah di bahagian hadapan TV.
Â Amaran
Jangan letak objek di hadapan penderia IR TV kerana
objek itu boleh menyekat isyarat IR.
3.5
Bateri
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian belakang bawah pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan 2 bateri alkali jenis
AAA-LR03-1.5V. Pastikan hujung  dan  bateri
dibariskan dengan betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan cari Akhir
penggunaan.
3.6
Pembersihan
Alat kawalan jauh anda disapukan dengan lapisan
kalis calar.
Untuk membersihkan alat kawalan jauh, gunakan kain
lembap yang lembut. Jangan sekali-kali
menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia
atau pencuci rumah pada alat kawalan jauh.
11