operation manual

Table Of Contents
kedua.
• Pastikan tetapan ditetapkan kepada Dua Satelit.
Mengubah tetapan pemasangan tidak menyelesaikan
masalah saya
• Semua tetapan, satelit dan saluran hanya
disimpan pada akhir pemasangan apabila anda
selesai.
Semua saluran satelit hilang
• Jika anda menggunakan sistem Unicable,
pastikan anda menetapkan dua nombor jalur
pengguna yang unik untuk kedua-dua
penala terbina dalam pada tetapan Unicable.
Mungkin terdapat penerima satelit lain dalam sistem
Unicable anda yang sedang menggunakan nombor
jalur pengguna yang sama.
Sesetengah saluran satelit nampaknya telah hilang
daripada senarai saluran
• Jika beberapa saluran nampaknya hilang atau
beralih tempat, penyiar mungkin telah mengubah
lokasi transponder bagi saluran ini. Untuk memulihkan
kedudukan saluran dalam senarai saluran, anda
boleh mencuba kemas kini pakej saluran.
Saya tidak boleh mengalih keluar satelit
• Pakej langganan tidak akan membenarkan satelit
dialih keluar. Untuk mengalih keluar satelit, anda perlu
melakukan pemasangan lengkap sekali lagi dan
memilih pakej lain.
Kadang-kadang penerimaan lemah
• Periksa sama ada cakera satelit dilekap dengan
kukuh. Angin yang kuat boleh menyebabkan cakera
beralih.
• Salji dan hujan boleh menjejaskan penerimaan.
6.2
Pemasangan Antena
Kemas Kini Saluran
Kemas Kini Saluran Automatik
Jika anda menerima saluran digital, anda boleh
menetapkan TV untuk mengemas kini saluran ini
secara automatik.
Sekali sehari, pada 7 PG, TV mengemas kini saluran
dan menyimpan saluran baharu. Saluran baharu
disimpan dalam Senarai Saluran yang ditandakan
dengan  . Saluran tanpa isyarat dialih
keluar. TV mestilah ditetapkan kepada mod tunggu
sedia untuk mengemas kini saluran secara automatik.
Anda boleh mematikan Kemas Kini Saluran
Automatik.
Untuk mematikan kemas kini automatik…
1 - Pilih Tetapan > Saluran > Pemasangan
Antena/Kabel atau Pemasangan Antena dan
tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Kemas Kini Saluran Automatik dan
tekan OK.
4 - Pilih Mati dan tekan OK.
5 - Tekan  (kiri) untuk kembali satu langkah
atau tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
Apabila saluran baharu ditemui atau jika saluran
dikemas kini atau dialih keluar, mesej ditunjukkan
pada permulaan TV. Untuk mengelakkan mesej ini
daripada muncul selepas setiap kemas kini saluran,
anda boleh mematikannya.
Untuk mematikan mesej…
1 - Pilih Tetapan > Saluran > Pemasangan
Antena/Kabel atau Pemasangan Antena dan
tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Mesej Kemas Kini Saluran dan
tekan OK.
4 - Pilih Mati dan tekan OK.
5 - Tekan  (kiri) untuk kembali satu langkah
atau tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
Di negara tertentu, Kemas kini saluran automatik
dilakukan semasa menonton TV atau pada bila-bila
masa apabila TV ditetapkan kepada mod tunggu
sedia.Â
Kemas Kini Saluran Manual
Anda boleh sentiasa memulakan kemas kini saluran
anda sendiri.
Untuk memulakan kemas kini saluran secara
manual…
1 - Pilih Tetapan > Saluran > Pemasangan
Antena/Kabel atau Pemasangan Antena dan
tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Cari Saluran dan tekan OK.
4 - Pilih Mulakan dan tekan OK.
5 - Pilih Kemas Kini Saluran Digital,
pilih Seterusnya dan tekan OK.
6 - Pilih Mulakan dan tekan OK untuk
mengemas kini saluran digital. Ini boleh mengambil
masa beberapa minit.
7 - Tekan  (kiri) untuk kembali satu langkah
atau tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
24