operation manual

Table Of Contents
12
Sumber
12.1
Beralih kepada peranti
Daripada senarai Sumber, anda boleh beralih ke
mana-mana peranti yang disambungkan. Anda boleh
bertukar kepada penala untuk menonton TV,
membuka kandungan Pemacu Keras USB yang
disambungkan atau melihat rakaman yang anda buat
pada Pemacu Keras USB yang disambungkan. Anda
boleh bertukar kepada peranti disambungkan anda
untuk menonton programnya, penerima digital atau
pemain Cakera Blu-ray.Â
Untuk beralih ke peranti disambungkan…
1 - Tekan SOURCES untuk membuka menu
Sumber.
2 - Pilih salah satu item dalam senarai sumber dan
tekan OK. TV akan menunjukkan program atau
kandungan peranti.
Main Satu Sentuhan
Apabila TV ditetapkan kepada mod tunggu sedia,
anda boleh menghidupkan pemain cakera dengan
alat kawalah jauh TV anda.
Untuk menghidupkan kedua-dua pemain cakera dan
TV daripada mod tunggu sedia dan mula memainkan
cakera dengan serta-merta, tekan  (main) pada
alat kawalan jauh TV. Peranti perlu disambungkan
dengan kabel HDMI dan HDMI CEC bagi kedua-dua
TV dan peranti perlu dihidupkan.
12.2
Pilihan untuk Input TV
Beberapa peranti input TV menawarkan tetapan
khusus.
Untuk menetapkan pilihan untuk input TV khusus…
1 - Tekan SOURCES.
2 - Pilih input TV dalam senarai dan tekan OK.
3 - Tekan  OPTIONS. Anda boleh menetapkan
pilihan untuk input TV yang dipilih di sini.
4 - Tekan  OPTIONS sekali lagi untuk menutup
menu Pilihan.
Pilihan berkemungkinan…
Kawalan
Dengan pilihan ini, anda boleh mengendalikan
peranti yang disambungkan dengan alat kawalan
jauh TV. Peranti perlu disambungkan dengan kabel
HDMI dan HDMI CEC bagi kedua-dua TV dan peranti
perlu dihidupkan.
Matikan skrin
Pilih Matikan skrin untuk mematikan skrin TV. Untuk
menghidupkan kembali skrin TV, tekan mana-mana
kekunci pada alat kawalan jauh.
Maklumat Peranti
Buka pilihan ini untuk melihat maklumat pada peranti
yang disambungkan.
12.3
Nama dan Jenis Peranti
Apabila anda menyambungkan peranti baharu
kepada TV dan TV mengesan peranti tersebut, anda
boleh menetapkan ikon yang sepadan dengan jenis
peranti. Jika anda menyambungkan peranti dengan
kabel HDMI dan HDMI CEC, TV mengesan peranti
secara automatik dan peranti akan mendapatkan ikon
yang sesuai.
Jenis peranti menentukan gaya gambar dan bunyi,
nilai resolusi, tetapan tertentu atau kedudukan dalam
menu Sumber. Anda tidak perlu risau tentang tetapan
yang sesuai.
Namakan Semula atau Tukar Jenis
Anda sentiasa boleh menukar nama atau menukar
jenis peranti yang disambungkan. Cari ikon di
sebelah kanan nama peranti dalam menu Sumber.
Sesetengah sumber input TV tidak membenarkan
penukaran nama.
Untuk menukar jenis peranti…
1 - Pilih peranti dalam menu Sumber dan tekan
 OPTIONS .
2 - Tekan  Ke belakang untuk
menyembunyikan papan kekunci pada skrin.
3 - Tekan  (bawah) untuk mencari semua jenis
peranti yang tersedia. Pilih jenis yang anda mahu dan
tekan OK.
4 - Jika anda mahu menetapkan semula jenis peranti
kepada jenis penyambung asal, pilih Tetapkan
Semula dan tekan OK.
5 - Pilih Tutup dan tekan OK untuk menutup
menu ini.
Untuk menukar nama peranti…
1 - Pilih peranti dalam menu Sumber dan Tekan
 OPTIONS .
2 - Gunakan papan kekunci pada skrin untuk
memadam nama semasa dan masukkan nama
baharu. Tekan  untuk mengesahkan.
3 - Tekan  Ke belakang untuk
menyembunyikan papan kekunci pada skrin.
4 - Jika anda mahu menetapkan semula nama
peranti kepada nama penyambung asal,
pilih Tetapkan Semula dan tekan OK.
5 - Pilih Tutup dan tekan OK untuk menutup
menu ini.
47