operation manual

Table Of Contents
21
Pilihan Teratas
21.1
Mengenai Pilihan Teratas
Dengan  Pilihan Teratas TV anda
mencadangkan…
• program TV semasa dalam Sekarang pada TV
• video sewa terkini dalam Video atas Permintaan
• perkhidmatan TV dalam talian (Catch Up TV) dari
Freeview dalam Freeview Play*
Untuk menikmati Pilihan Teratas, sambungkan TV
anda ke Internet. Pastikan anda bersetuju dengan
Terma Penggunaan. Maklumat dan perkhidmatan
Pilihan Teratas hanya tersedia di negara terpilih.
Terma Penggunaan
Untuk membenarkan TV membuat cadangan ini, anda
perlu bersetuju dengan Terma Penggunaan. Untuk
mendapatkan cadangan diperibadikan berdasarkan
tabiat tontonan anda, pastikan anda menandakan
kotak Pemilihan Perkhidmatan Cadangan
Diperibadikan.
Untuk membuka Terma Penggunaan…
1 - Tekan untuk membuka Menu Pantas.
2 - Pilih  Pilihan Teratas.
3 - Tekan  OPTIONS, pilih Terma
Penggunaan dan tekan OK.
4 - Pilih Tetapan Privasi dan tekan OK.
5 - Pilih Pemilihan Perkhidmatan Cadangan
Diperibadikan dan tekan OK untuk
menandakan kotak. Tekan OK sekali lagi untuk
menyahtandakan kotak.
6 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
*Â Freeview Play untuk model UK sahaja.
21.2
Sekarang pada TV
Mengenai Sekarang pada TV
Dengan  Sekarang pada TV , TV mengesyorkan
10 program paling popular untuk ditonton pada masa
ini.
TV mengesyorkan program pada TV sekarang atau
bermula dalam tempoh 15 minit. Program yang
disyorkan dipilih daripada saluran yang anda pasang.
Pemilihan dibuat daripada senarai negara anda.
Malah, anda boleh membiarkan Sekarang pada
TVÂ melakukan beberapa cadangan diperibadikan
untuk anda, berdasarkan kepada program yang anda
kerap tonton.Â
Untuk menjadikan maklumat Sekarang pada TV
tersedia…
• maklumat Sekarang pada TV perlu tersedia di
negara anda.
• TV perlu mempunyai saluran dipasang.
• TV perlu disambungkan ke Internet.
• Jam TV perlu ditetapkan kepada Automatik atau
Bergantung pada Negara.
• anda perlu menerima Terma Penggunaan (Anda
mungkin telah menerimanya apabila anda
disambungkan ke Internet.).
Ikon  hanya akan muncul di bahagian atas
skrin apabila Sekarang pada TV tersedia.
TV tidak menyimpan cadangan lama.
Menggunakan Sekarang pada TV
Untuk membuka Sekarang pada TV…
1 - Tekan untuk membuka Menu Pantas.
2 - Pilih  Pilihan Teratas untuk membuka
menu Pilihan Teratas.
3 - Pilih  Sekarang pada TV  di bahagian
atas skrin dan tekan OK.
4 - Tekan  Ke belakang untuk tutup.
Apabila anda membuka Sekarang pada TV, TV
mungkin memerlukan beberapa saat untuk
menyegarkan semula halaman maklumat.
Dalam Sekarang pada TV anda boleh…
• pilih dan tekan OK pada ikon progra untuk
menala ke program yang sedang berlangsung.
• pilih dan tekan OK pada ikon program berjadual
untuk menala ke saluran.
Anda boleh menggunakan kekunci warna pada alat
kawalan jauh untuk memulakan, menghentikan atau
mengosongkan rakaman berjadual. Anda juga boleh
menetapkan atau mengalih keluar peringatan yang
memaklumi anda apabila program bermula.
Untuk meninggalkan Sekarang pada TV tanpa menala
ke saluran lain, tekan  Ke belakang.
21.3
Video atas Permintaan
Mengenai Video atas Permintaan
Dengan  Video atas Permintaan , anda boleh
menyewa filem daripada kedai video sewaan dalam
talian.
Anda boleh membiarkan Video atas Permintaan
untuk membuat beberapa cadangan filem
diperibadikan, berdasarkan negara anda,
pemasangan TV dan program yang kerap anda
81