operation manual

Table Of Contents
25.3
Kemas Kini Perisian
Automatik
Hidupkan Kemas kini perisian automatik untuk
mengemas kini perisian TV anda secara automatik.
Biarkan TV dalam mod tunggu sedia.
1 - Pilih Tetapan > Kemas Kini
Perisian > Kemas Kini Perisian Automatik > On
dan tekan OK.
2 - Ikut arahan pada skrin.
3 - Tekan  (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Apabila tetapan didayakan, naik taraf akan dimuat
turun apabila TV DIHIDUPKAN dan dipasang 15min
selepas TV beralih kepada mod tunggu sedia (selagi
tiada rakaman atau penggera lain yang dijadualkan).
Apabila tetapan ini dinyahdayakan, OSD "Naik Taraf
Sekarang" / "Kemudian" akan ditunjukkan.
25.4
Lihat Sejarah Kemas Kini
Perisian
Paparkan senarai versi perisian yang berjaya dikemas
kini di TV.
Untuk melihat sejarah kemas kini perisian…
1 - Pilih Tetapan > Kemas Kini
Perisian > Lihat sejarah kemas kini perisian dan
tekan OK.
2 - Sejarah kemas kini perisian di TV ini akan
disenaraikan.
25.5
Perisian Sumber Terbuka
Televisyen ini mengandungi perisian sumber terbuka.
TP Vision Europe B.V. dengan ini menawarkan untuk
menghantar, jika diminta, satu salinan kod sumber
berkaitan yang lengkap untuk pakej perisian sumber
terbuka yang berhak cipta yang digunakan dalam
produk ini sekiranya tawaran ini diminta oleh lesen
masing-masing.
Tawaran ini sah sehingga tiga tahun selepas
pembelian produk kepada sesiapa sahaja yang
menerima maklumat ini.
Untuk mendapatkan kod sumber, sila tulis surat
dalam bahasa Inggeris kepada . . .
open.source@tpv-tech.com
25.6
Lesen Sumber Terbuka
Perihal Lesen Sumber Terbuka
README untuk kod sumber bagi bahagian perisian
TV TP Vision Netherlands B.V. yang tergolong dalam
lesen sumber terbuka.
Dokumen ini menerangkan pengedaran kod sumber
yang digunakan pada TV TP Vision Netherlands B.V.,
yang tergolong dalam Lesen Awam Umum (GPL)
GNU atau Lesen Awam Kurang Umum (LGPL) GNU
atau mana-mana lesen sumber terbuka yang lain.
Arahan untuk mendapatkan salinan perisian ini
terdapat dalam Arahan Penggunaan.
TP Vision Netherlands B.V. MENAFIKAN JAMINAN,
SAMA ADA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT,
TERMASUK JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN ATAU
KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU, BERHUBUNG
DENGAN PERISIAN INI. TP Vision Netherlands B.V.
tidak menyokong perisian ini. Pernyataan
sebelumnya tidak menjejaskan waranti atau hak
berkanun anda berhubung dengan mana-mana
produk TP Vision Netherlands B.V. yang anda beli. Ia
hanya dikenakan pada kod sumber ini yang tersedia
untuk anda.
87