operation manual

Table Of Contents
27
Bantuan dan
Sokongan
27.1
Daftar TV anda
Daftar TV anda dan nikmati pelbagai faedah termasuk
sokongan penuh (termasuk muat turun), akses
istimewa kepada maklumat mengenai produk baharu,
tawaran dan diskaun eksklusif, peluang untuk
memenangi hadiah dan juga menyertai tinjauan khas
mengenai keluaran baharu.
Pergi ke www.philips.com/TVsupport
27.2
Menggunakan Bantuan
TV ini menawarkan bantuan pada skrin  .
Membuka Bantuan
Tekan kekunci  (biru) untuk membuka Bantuan
dengan segera. Bantuan akan membuka bab yang
paling berkaitan dengan apa yang anda lakukan atau
apa yang dipilih pada TV. Untuk mencari topik
mengikut abjad, tekan kekunci warna  Kata
Kunci.
Untuk membaca Bantuan sebagai buku, pilih Buku.
Anda juga boleh membuka  Bantuan  dalam
menu Pantas.
Sebelum anda melaksanakan arahan Bantuan, tutup
Bantuan.
Untuk menutup Bantuan, tekan kekunci
warna  Tutup .
Untuk sesetengah aktiviti, seperti Teks (Teleteks),
kekunci warna mempunyai fungsi tertentu dan tidak
boleh membuka Bantuan.
Bantuan TV pada tablet, telefon pintar atau komputer
anda
Untuk melaksanakan turutan arahan yang panjang
dengan lebih mudah, anda boleh muat turun
Bantuan TV dalam format PDF untuk dibaca pada
telefon pintar, tablet atau komputer anda. Selain
itu, anda boleh mencetak halaman Bantuan yang
berkaitan daripada komputer anda.
Untuk memuat turun Bantuan (manual pengguna),
pergi ke www.philips.com/TVsupport
 Menu Pantas > Bantuan
Anda boleh menggunakan fungsi Bantuan lain untuk
mendiagnosis dan mendapatkan maklumat lanjut
tentang TV anda.
• Maklumat TV - Lihat Nama model, Nombor siri dan
Versi perisian TV anda.
• Cara - Anda boleh melihat arahan tentang cara
memasang saluran, mengisih saluran, mengemas kini
perisian TV, menyambungkan peranti luaran dan
menggunakan fungsi Smart di TV anda.
• Semak TVÂ - Anda boleh memastikan gambar,
bunyi, Ambilight* berfungsi dengan baik.
• Semak rangkaian - Periksa sambungan rangkaian.
• Semak alat kawalan jauh - Jalankan ujian ini untuk
mengesahkan kefungsian alat kawalan jauh TV yang
disertakan.
• Lihat sejarah isyarat lemah - Paparkan senarai
nombor saluran yang telah disimpan secara
automatik apabila isyarat lemah.
• Optimumkan storan dalaman - Kosongkan ruang
dalam storan dalaman TV untuk prestasi optimum.
• Kemas kini perisian - Semak kemas kini perisian
yang tersedia.
• Manual pengguna - Baca manual pengguna untuk
maklumat TV.
• Penyelesaian masalah - Cari penyelesaian untuk
soalan lazim.Â
• Tetapan kilang - Tetapkan semula semua tetapan
kepada tetapan kilang.
• Pasang semula TVÂ - Pasang semula dan buat
semula pemasangan TV dengan lengkap.
• Maklumat hubungan - Tunjukkan nombor telefon
atau alamat web untuk negara atau wilayah anda.
* Tetapan Ambilight hanya untuk model yang
menyokong fungsi Ambilight.
27.3
Penyelesaian Masalah
Hidupkan dan Alat Kawalan Jauh
TV tidak hidup
• Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar
kuasa. Tunggu selama seminit, kemudian
sambungkannya semula.
• Pastikan kabel kuasa disambung dengan kemas.
Bunyi berkerik-kerik pada permulaan atau
mematikan
Semasa anda menghidupkan,mematikan TV atau
kepada tunggu sedia, anda terdengar bunyi berkerik-
kerik daripada cesi TV. Bunyi berkerik-kerik berpunca
daripada pengembangan dan pengecutan TV yang
biasa semasa TV menjadi sejuk atau panas. Ini tidak
menjejaskan prestasi.
TV tidak bertindak balas terhadap alat kawalan jauh
91