User manual

Philips Electronics
- 14 -
3.4 Menu Foto
Menu ini membenarkan kawalan terhadap semua aspek pengurusan foto anda. Salin, Padam dan
Alih foto dan juga pilih pelbagai kesan, bingkai untuk digunakan pada foto anda.
3.4.1 Menyalin Foto
Anda boleh menyalin foto yang disimpan pada kada memori atau PC ke memori dalaman
PhotoFrame™ atau dalam Kad memori yang diplag dalam PhotoFrame™. PhotoFrame™
kemudiannya akan menyimpan secara dalaman salinan foto asal yang telah disaiz semula. Salinan
yang telah disaizkan semula ini akan kekal dalam PhotoFrame™ sehingga anda memadamkannya
dari PhotoFrame™.
Nota: Semua foto yang diproses dan disalin oleh PhotoFrame™ akan disaizkan semula bagi
paparan optimum pada PhotoFrame™ dan untuk menjimatkan ruang peyimpanan
Memori dalaman PhotoFrame™ akan menyimpan 110-150 foto yang disaizkan semula. Lihat
bahagian Memadam Foto untuk mempelajari cara memadam foto yang disimpan dalam
PhotoFrame™.
Anda boleh menyalin foto satu persatu atau beberapa foto sekali gus.
Menyalin foto satu dan berbilang foto
Masukkan kad memori ke dalam PhotoFrame™ dan ikut arahan di bawah.
Tekan butang menu untuk mengakses Menu Utama.
Pilih ikon Foto dan navigasi ke kanan atau tekan butang OK untuk
mengakses menu Foto.
Navigasi ke bawah untuk memilih media untuk menyemak imbas.
Navigasi ke kanan untuk memasukki album yang diperlukan.