User manual

Philips Electronics
- 66 -
12) PhotoFrame™ Digital HIDUP tetapi sistem tidak berfungsi lagi!
Pertama pastikan sistem berkuasa denagn baik. Kemudian, gunakan pin untuk membidik
butang Tetap semula yang terletak pada sebelah butang kuasa si belakang untuk
meyimpan semula sistem.
13) S: Mengapa PhotoFrame™ Digital saya tidak pergi kepada status Auto-dimatikan selepas
saya tetapkan ia?
J: Pertama, pastikan anda tetapkan Masa Sekarang, Auto-dimatikan pada, dan Auto-
dihidupkan dengan betul. PhotoFrame™ Digital akan dimatikan secara automatik
paparannya sama seperti pada masa Auto-dimatikan. Sekiranya masa telah berlalu, ia akan
mula memasuki status Auto-dimatikan pada masa yang spesifik daripada hari yang
seterusnya.
14) S: Saya cuba untuk muat naik gambar daripada PC saya secara langsung kepada
PhotoFrame™ dengan menggunakan sambungan USB, tetapi tidak berjaya. Apakah yang
harus saya lakukan?
J: Sambungkan PhotoFrame™ ke PC dan letak foto di bawah akar direktori pemacu
PhotoFrame™ secara langsung. Putuskan sambungan kabel USB. Selepas beberapa saat,
semua foto di dalam direktori dasar akan ditambah ke PhotoFrame™ secara automatik
dan direktori dasar akan dikosongkan. Pastikan operasi ini tidak dugunakan pada foto
dalam sub-direktori.
15) S: Saya cuba untuk muat naik gambar dari PC saya ke kad memori, simana saya
memasukkan ke dalam DPD. Walaubagaimanapun, DPD tidak menunjukkan Foto.
Apakah yang harus saya lakukan?
J: Muatkan semua foto yang anda ingin muat naik ke DPD dalam direktori akar kad
memori. Tutupkan DPD anda, masukkan kad memori, dan mula semula DPD. Selepas
beberapa saat, semua foto dalam direktori akar kad memori akan ditambah ke
PhotoFrame™ secara automatik. Direktori akar pada kad memori TIDAK dikosongkan
selepas operasi ini. Pastikan operasi ini tidak dugunakan pada foto dalam sub-direktori.
16) S: Adakah PhotoFrame™ Philips menyokong JPEG progresif?
J: Bingkai Fot menyokong format gambar progresif JPEG, tetapi paparan tayangan slaid
mungkin akan perlahan.