User manual
Philips Electronics
-9 -
1.2.6 Mainkan Gambar dari Kad Memori
A B
A. Kad CF
B. Kad SD/ MMC /MS / xD
Memasukkan kad memori:
• Masukkan kad memori ke dalam slot dalam bingkai.
• Bagi kad Compact Flash, masukkan kad dengan betul, hujung dahulu, ke dalam slot yang
lebih besar dan menghadap ke BAWAH.
• Bagi kad xD, SD, MMC, atau Memory Stick masukkan kad, hujung dahulu, ke dalam slot
yang lebih kecil dan menghadap ke ATAS sehingga ia terkunci di tempatnya.
Selepas beberapa saat, gambar pada kad memori akan dipaparkan dan tayangan slaid akan
bermula.
Sila JANGAN KELUARKAN kad memori sebaik sahaja anda telah memasukkannya dalam Bingkai
Gambar atau apabila Bingkai Gambar sedang mengira Gambar. Tunggu sehingga skrin menjadi
stabil
Mengeluarkan kad memori:
• Untuk mengeluarkan kad Compact Flash, tarik keluar kad perlahan-lahan.
• Untuk mengeluarkan kad xD, xD, SD, MMC, atau Memory Stick, tolak kad semula untuk
membuka kuncinya, kemudian tarik kad keluar.
NOTIS PENTING:
Bingkai Gambar Philips tidak menyokong kad memori Duo, PRO Duo dan RS-
MMC walaupun dengan penyesuai
Nota: Untuk menyalin foto dari kad memori ke Bingkai Gambar baca bahagian menyalin gambar.
Petua: - Tingkatkan memori Bingkai Gambar dengan memasukkan kad memori secara kekal ke
dalamnya.Ini membenarkan fungsi yang sama seperti memori dalaman untuk ditunjukkan.
- Dua slot kad memori boleh digunakan pada masa yang sama; oleh itu satu boleh
ditumpukan bagi memori luaran, dan slot yang satu lagi untuk membaca dan menyalin
gambar dari kad memori kamera.
Nota: Supaya boleh memadam gambar pada kad memori fungsi ini pada kad memori mesti
dibenarkan. Untuk berbuat demikian baca bahagian “Persediaan- Kad memori”.










