User Manual

Table Of Contents
Sesetengah butang/ikon adalah untuk jenis tertentu sahaja.
B1 Butang hidup/mati B7 Ikon amaran
B2 Ikon minuman* B8 Lampu mula
B3 Ikon kekuatan aroma/kopi siap dikisar B9 Butang mula/henti
B4 Ikon kuantiti minuman B10 Ikon Bersih / Kerak
B5 Ikon kuantiti susu (jenis tertentu sahaja) B11 Ikon AquaClean
B6 Ikon suhu kopi (jenis tertentu sahaja)
* Ikon minuman: espresso, espresso lungo, kopi, americano, cappuccino, latte macchiato, air panas,
stim (jenis tertentu sahaja)
Pengenalan
Tahniah atas pembelian mesin kopi automatik Philips anda! Untuk memanfaatkan sepenuhnya
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, sila daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Baca buku kecil keselamatan yang berasingan dengan teliti sebelum menggunakan mesin ini buat
pertama kali dan simpan sebagai rujukan masa hadapan.
Untuk membantu anda bermula dan meraih manfaat daripada mesin anda sepenuhnya, Philips
menawarkan sokongan dalam pelbagai cara. Di dalam kotak ini anda akan dapati:
1 Manual pengguna ini dengan arahan berasaskan gambar serta maklumat lebih terperinci tentang
pembersihan dan penyelenggaraan.
Mesin espresso ini terdapat dalam berbilang versi dan kesemuanya mempunyai ciri yang
berbeza-beza. Setiap versi mempunyai nombor jenis yang sendiri. Anda boleh mendapati nombor
jenis ini pada label data di bahagian dalam pintu servis (lihat rajah A11).
2 Buku kecil keselamatan yang berasingan ini mengandungi arahan tentang cara menggunakan
mesin ini secara selamat.
3 Untuk mendapatkan sokongan dalam talian (soalan lazim, filem dsb.) imbas kod QR pada kulit
buku kecil ini atau layari www.philips.com/coffee-care
Mesin ini telah diuji dengan kopi. Walaupun telah dibersihkan dengan teliti, mungkin masih
terdapat sedikit sisa kopi yang tinggal. Walau bagaimanapun, kami menjamin bahawa mesin ini
benar-benar baharu.
Mesin ini melaras secara automatik jumlah serbuk kopi kisar yang digunakan untuk membuat kopi
yang paling lazat. Anda seharusnya membru 5 kopi pada peringkat awal untuk membolehkan mesin
ini menyelaras sendiri secara sempurna.
Pastikan anda membilas LatteGo (bekas susu) atau pembusa susu klasik sebelum menggunakan
mesin buat pertama kali.
27
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu