Important Information Manual

17BAHASA MELAYU
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke www.shop.philips.com/service atau pergi
ke penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda
(lihat risalah jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan sedunia.
Kitar semula
- Jangan buang produk bersama sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu untuk
memelihara persekitaran.
- Produk ini mengandungi bateri boleh cas semula bina dalam yang tidak harus dibuang bersama
sampah rumah biasa. Kami menasihatkan anda untuk membawa produk anda ke pusat pungutan
rasmi atau pusat khidmat Philips supaya bateri boleh cas semula itu dikeluarkan oleh seorang
profesional.
- Ikuti peraturan negara anda bagi pemungutan produk elektrik dan elektronik serta bateri
kitarsemula secara berasingan. Pembuangan secara betul membantu mengelakkan akibat negatif
bagi kesihatan manusia dan persekitaran.
Penyelesai Masalah
1 Perkakas tidak berjalan
- Paras bateri boleh jadi rendah. Cas semula bateri.
2 Lampu pengecasan tidak menyala.
- Anda mungkin tidak memasukkan penyesuai dengan betul pada soket dinding. Letakkan
penyesuai dengan betul pada soket dinding.
- Pastikan plag perkakas dimasukkan dengan betul pada perkakas dan perkakas dimatikan.
- Anda mungkin tidak meletakkan perkakas pada pengecasnya dengan betul. Letakkan pengecas
dengan betul dan pastikan bahawa lampu pengecasan menyala.
- Poin sesentuh pada perkakas dan/atau pengecas mungkin kotor. Lapkannya bersih dengan kain
yang kering.
- Perkakas mungkin telah dihidupkan semasa ia sedang dicas. Pastikan perkakas dimatikan
semasa anda mengecasnya.
3 Pembersih vakum tidak memvakum dengan betul.
- Petak habuk mungkin tidak dipasang dengan betul pada perkakas. Pasang petak habuk dengan
betul pada perkakas.
- Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
- Unit penuras di dalam petak habuk mungkin tersumbat. Bersihkan kedua-dua bahagian unit penuras.
4 Habuk keluar dari pembersih vakum.
- Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
- Petak habuk mungkin tidak dipasang dengan betul pada perkakas. Pasang petak habuk dengan
betul pada perkakas.
- Mungkin unit penuras tidak diletakkan dengan betul dalam petak habuk. Letakkan unit penuras
dengan betul di dalam petak habuk.