Important Information Manual

18 BAHASA MELAYU
5 Pembersih vakum tidak berfungsi dengan betul apabila salah satu alat tambahan dipasang
pada muncung.
- Periksa jika alat tambahan disekat. Jika ini terjadi, keluarkan sekatan tersebut.
- Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
- Unit penuras mungkin tersumbat. Bersihkan kedua-dua bahagian unit penuras.
6 FC6142 sahaja: Permukaan masih sangat basah setelah memvakum cecair.
- Kemungkinan squeegee tidak terpasang pada muncung. Pasang squeegee pada muncung apabila
anda hendak memvakum cecair.
- Mungkin anda tidak memegang perkakas dengan cara yang betul. Pegang perkakas dengan
muncung menghala ke bawah pada sudut 30°. Jangan sengetkan perkakas pada satu sisi dan
pastikan squeegee menyentuh permukaan yang hendak dibersihkan.
7 FC6142 sahaja: Cecair bocor dari perkakas.
- Unit penuras mungkin basah. Pastikan kedua-dua bahagian unit penuras kering sebelum anda
meletakkan unit penuras ke dalam petak habuk.
- Anda mungkin belum memasukkan unit penuras ke dalam petak habuk. Jangan sekali-kali
menggunakan perkakas tanpa unit penuras.
- Mungkin unit penuras tidak diletakkan dengan betul dalam petak habuk. Letak unit penuras
dengan betul dalam petak habuk.
- Mungkin jumlah cecair dalam petak habuk melebihi penunjuk maksimum. Kosongkan petak habuk
dengan serta merta dan keringkannya. Jangan biar petak habuk terisi dengan cecair melebihi
penunjuk maksimum.
8 Perkakas banyak mengeluarkan bunyi.
- Ada kemungkinan terdapat bahan pejal di dalam petak habuk. Kosongkan petak habuk.