Important Information Manual

-
Jangan cabut palam perkakas dengan menarik kord. Sentiasa cabut palam dengan menarik palam
kecil (Raj. 1) keluar daripada perkakas dan penyesuai keluar daripada soket dinding (Raj. 2).
-
Oleh sebab perkakas ini menggunakan air untuk dibersihkan, lantai mungkin akan kekal basah dan
licin buat seketika (Raj. 3).
-
Untuk mencegah kerosakan, jangan masukkan lilin, minyak, produk penyelenggaraan lantai atau
pencuci lantai cecair yang tidak boleh dicairkan dengan air ke dalam tangki air.
-
Jangan campurkan pelbagai jenis pencuci lantai cecair. Apabila anda sudah menggunakan sejenis
pencuci lantai cecair, kosongkan dahulu dan bilas tangki air sebelum anda menambah pencuci
lantai cecair lain ke dalam air dalam tangki air.
-
Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan pencuci lantai cecair yang tidak lut sinar ataupun
keruh.
-
Jangan melebihi kuantiti maksimum yang disebutkan pada botol tersebut apabila anda
menggunakan pencuci lantai cecair. Jangan tambah lebih daripada beberapa titis pada air dalam
tangki air, kerana tangki ini mempunyai kapasiti sebanyak 200ml.
-
Jangan bersihkan jalur besi pembasah dengan objek tajam kerana ini boleh merosakkan jalur
tersebut. Hanya bersihkan jalur pembasah dengan membilasnya di bawah paip. Gantikan jalur
pembasah apabila anda tidak boleh membersihkannya lagi.
-
Gantikan jalur pembasah dengan jalur yang asli sahaja. Untuk memesan jalur baharu, lihat bab
'Memesan aksesori'.
-
Bersihkan tangki air mengikut arahan. Tangki air tidak kalis mesin basuh pinggan.
-
Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakannya dan apabila anda mengecasnya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
-
Pastikan bahawa perkakas ini dipasang dengan lekapan dinding yang dilekapkan pada dinding,
mengikut arahan dalam manual pengguna.
-
Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang lekapan dinding ini.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkuat kuasa berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Menggunakan perkakas
Sekatan penggunaan
-
Hanya gunakan tangki air di atas lantai keras yang mempunyai lapisan atas yang kalis air (seperti
linoleum, jubin berenamel dan parket bervarnis) dan lantai batu (seperti marmar). Jika lantai anda
belum dirawat untuk menjadikannya kalis air, periksa dengan pengeluar sama ada anda boleh
menggunakan air untuk membersihkannya. Jangan gunakan tangki air di atas lantai keras yang
mempunyai kerosakan pada lapisan atas kalis airnya.
-
Hanya gunakan tangki air pada lantai linoleum yang dilekatkan dengan betul untuk mencegah
linoleum daripada ditarik ke dalam muncung mop.
-
Jangan gunakan tangki air untuk membersihkan permaidani.
-
Jangan gerakkan perkakas dengan pemasangan tangki air di tepi, kerana ini akan meninggalkan
titisan air. Hanya bergerak ke hadapan dan belakang.
Catatan: Tempoh masa hidup bergantung pada paras kuasa yang digunakan semasa pembersihan.
17
Bahasa Melayu