Important Information Manual

Pad pengelap dan jalur pembasah
FC6408 disediakan satu jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber yang serupa.
FC6409 disediakan dua jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber yang berlainan.
-
Jalur pembasah dengan ikon dua titisan serta pad mengelap berwarna akua dengan jalur luas
sesuai untuk mengelap lantai berjubin.
-
Jalur pembasah dengan ikon satu titisan serta pad mengelap biru terang dengan jalur sempit
sesuai untuk mengelap lantai kayu dan parket kalis air dan laminat.
Menggunakan pencuci lantai cecair dalam tangki air
Jika anda ingin menambah pencuci lantai cecair pada air di dalam tangki air, pastikan anda
menggunakan pencuci lantai cecair kurang buih atau tidak berbuih yang boleh dicairkan dalam air.
Oleh sebab tangki mempunyai kapasiti sebanyak 200ml, anda hanya perlu menambah beberapa titis
pencuci lantai cecair pada air.
Membersihkan tangki air
Untuk membersihkan tangki air, campurkan satu sukatan cuka dengan tiga sukatan air. Tuangkan
campuran ini ke dalam tangki air dan tutup penutupnya. Goncang tangki air itu dan letakkan tangki air
di atas permukaan kalis air. Biarkan campuran air-cuka dalam tangki air semalaman. Kemudian
kosongkan tangki air itu, bilas dengan rapi menggunakan air bersih dan gunakan semula seperti biasa.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan antarabangsa.
Kitar semula
-
Jangan buang produk bersama sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu untuk
memelihara persekitaran.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda mungkin hadapi dengan alat ini. Jika anda tidak
dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk
mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Penjagaan Pengguna di negara anda.
18
Bahasa Melayu