operation manual

5 Masukkan penuras ke dalam pemegang turas dan luncurkan pemegang turas kembali ke dalam
perkakas.
6 Kembalikan pemegang beg habuk ke dalam perkakas.
Membersihkan berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Untuk membersihkan berus di dalam berus turbo mini, ikuti langkah-langkah di bawah.
1 Putar berus di dalam berus turbo mini sehingga alur pemotongnya menghadap anda. Gunakan
gunting untuk memotong rambut, benang dsb yang telah terkumpul melingkari berus
itu. (Gamb. 25)
2 Keluarkan bulu-bulu, rambut dan kotoran lain dari berus.
Penggantian
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Mengganti beg habuk
- Gantikan beg habuk sebaik sahaja penunjuk beg habuk penuh bertukar warna secara kekal, iaitu
walaupun semasa muncung tidak diletakkan di atas lantai (Gamb. 26).
1 Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2 Tarik penutup ke atas untuk membukanya.
3 Angkat pemegang beg habuk keluar daripada perkakas.
Pastikan anda memegang beg habuk secara menegak apabila anda mengangkatnya keluar daripada
perkakas.
4 Tarik teg kadbod untuk mengeluarkan beg habuk yang penuh daripada pemegang (Gamb. 27).
, Apabila anda berbuat demikian, beg habuk dikedapkan secara automatik.
5 Luncurkan bahagian hadapan kadbod beg habuk yang baru ke dalam dua alur pemegang beg
habuk sejauh yang mungkin. (Gamb. 28)
6 Letakkan semula pemegang beg habuk ke dalam pembersih vakum (Gamb. 29).
Nota: Jika tiada beg habuk telah dimasukkan, anda tidak boleh menutupnya.
7 Tolak penutup ke bawah untuk menutupnya.
Mengganti penuras ekzos HEPA.
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengganti penuras.
Ganti penuras ekzos HEPA setiap 12 bulan.
- Untuk mengeluarkan penuras lama dan mengganti dengan yang baru, ikuti arahan bagi
mengeluarkan dan menempatkan penuras dalam bahagian ‘Membersihkan penuras ekzos HEPA’
dalam bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.
Memesan beg habuk
- Beg habuk sintetik Classic s-bag ® Philips boleh didapati di bawah nombor jenis FC8021.
- Beg habuk sintetik penurasan tinggi Clinic s-bag ® Philips boleh didapati di bawah nombor jenis
FC8022.
- Beg habuk sintetik Anti-odour s-bag ® Philips boleh didapati di bawah nombor jenis FC8023.
- Beg habuk boleh guna semula (sesetengah negara sahaja) boleh didapati di bawah nombor kod
4322 004 93370.
Nota: Sila kunjungi www.s-bag.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai s-bag.
BAHASA MELAYU40