operation manual

Menggunakan butang masa pembersihan pada unit kawalan
jauh
FC8715, FC8710, FC8700: Tekan butang masa pembersihan pada unit kawalan jauh untuk membuat
robot membersihkan selama 35 minit. Apabila masa pembersihan tamat, robot berhenti (Raj. 34).
Menggunakan suis kuasa
Menetapkan kuasa kepada posisi 'off' meletakkan robot dalam mod tidur lena. Dalam mod ini, robot
tidak memberi respons lagi.
-
Jika anda mahu mengecas robot, anda perlu menekan suis kuasa kepada 'on' (hidup).
-
Jika robot memasuki mod tidur lena semasa guna, anda boleh mengaktifkannya semula dengan
menetapkan suis kuasa kepada 'on' (hidup) dan dengan mengecas robot tersebut. Selepas
beberapa saat, robot akan respons semula
-
Apabila anda tidak akan menggunakan robot selama sebulan atau lebih, tekan suis kuasa kepada
'off' (mati) dan cabutkan palam stesen dok atau penyesuai untuk melindungi bateri boleh cas
semula dan untuk menjimatkan tenaga.
Isyarat dan maknanya
Robot mempunyai paparan dengan tiga penunjuk: penunjuk amaran, penunjuk mula/henti dan
penunjuk bekas habuk penuh. Jadual di bawah menerangkan makna isyarat tersebut.
Isyarat
Maksud
Penunjuk mula/henti terus menyala. Robot bersedia untuk membersihkan.
Penunjuk mula/henti berkelip dengan perlahan. Robot sedang mengecas.
Penunjuk mula/henti berkelip dengan pantas. Robot sedang mencari stesen dok.
Bateri boleh cas semula robot rendah.
Penunjuk bekas habuk penuh menyala. Bekas habuk telah penuh.
Penunjuk amaran menyala. Robot diangkat semasa membersihkan kawasan.
Bampar robot tersangkut.
Roda atau berus tepi tersangkut.
Tiada penutup atas atau tidak ditutup dengan
rapi.
Robot tidak dapat mencari stesen dok.
Respons tepuk tangan
Respons tepuk tangan didayakan apabila robot memasuki mod tidur dalam situasi-situasi yang
berikut:
-
apabila ia berhenti membersihkan kawasan kerana terdapat ralat
-
apabila anda telah memprogramkan masa pembersihan yang singkat
-
apabila robot itu tidak dapat mencari stesen doknya dalam masa 20 minit
Jika anda tidak melihat robot, anda boleh mencarinya dengan menepuk tangan anda sebanyak
sekali. Robot akan respons dengan mengeluarkan bunyi bip dan menyalakan semua ikon pada
paparannya.
22
Bahasa Melayu