operation manual

Pembersihan dan penyelenggaraan
Mengosongkan dan membersihkan bekas habuk
Kosongkan dan bersihkan bekas habuk apabila penunjuk bekas habuk penuh menyala secara
berterusan.
1 Tanggalkan penutup (Raj. 35).
2 Tarik pemegang penutup bekas habuk dan angkat keluar bekas habuk itu daripada petak bekas
habuk (Raj. 36).
Catatan: Apabila anda mengeluarkan atau memasukkan semula bekas habuk, berhati-hati supaya
tidak merosakkan bilah kipas motor.
3 Dengan berhati-hati, angkat penutup bekas habuk (1) dan keluarkan penuras (2) (Raj. 37).
4 Goncang bekas habuk di atas tong sampah untuk mengosongkannya. Bersihkan penuras dan
bahagian dalam bekas habuk dengan kain atau berus gigi yang mempunyai berus kejur yang
lembut. Bersihkan juga bukaan sedutan di bawah bekas habuk (Raj. 38).
Awas: Jangan bersihkan bekas habuk dan penuras dengan air atau dalam mesin basuh pinggan
mangkuk.
5 Letak semula penuras ke dalam bekas habuk (1). Kemudian letakkan penutup di atas bekas
habuk(2) (Raj. 39).
6 Letakkan bekas habuk semula ke dalam petak bekas habuk dan letakkan penutup atas semula ke
atas robot (Raj. 40).
Awas: Sentiasa pastikan ada penuras di dalam bekas habuk. Jika anda menggunakan robot
tanpa penuras di dalam bekas habuk, motor akan rosak.
Membersihkan robot
Untuk mengekalkan prestasi pembersihan yang baik, anda perlu membersihkan sensor jatuh, roda,
berus tepi dan bukaan sedutan dari semasa ke semasa.
1 Letakkan robot terbalik di atas permukaan yang rata.
2 Gunakan berus yang mempunyai bulu kejur yang lembut (cth. berus gigi) untuk membuang habuk
atau bulu halus daripada sensor jatuh. (Raj. 41)
Catatan: Penting untuk anda bersihkan sensor jatuh secara tetap. Jika sensor jatuh kotor, robot
mungkin tidak dapat mengesan perbezaan ketinggian atau anak tangga.
3 Gunakan berus yang mempunyai bulu kejur lembut (cth. berus gigi) untuk membuang habuk atau
bulu-bulu halus daripada roda depan dan roda tepi. (Raj. 42)
4 Untuk membersihkan berus tepi, genggam bulu kejurnya dan keluarkannya daripada acinya (Raj.
43).
5 Buangkan bulu-bulu halus, rambut dan benang daripada aci dan daripada berus tepi
menggunakan berus lembut (cth. berus gigi) atau kain (Raj. 44).
6 Bersihkan bukaan sedutan dengan berus lembut (cth. berus gigi) (Raj. 45).
7 Periksa berus tepi dan bawah robot untuk sebarang objek tajam yang boleh merosakkan lantai
anda.
23
Bahasa Melayu