operation manual

Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah. Anda juga boleh membawa
robot ke pusat khidmat Philips untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula. Hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan Philips di negara anda untuk alamat pusat khidmat berdekatan dengan anda.
1 Mulakan robot dari suatu tempat di dalam bilik dan bukan dari stesen dok.
2 Biarkan robot itu berjalan sehingga bateri boleh cas semula kosong untuk memastikan bateri boleh
cas semula dinyah cas sepenuhnya sebelum anda mengeluarkan dan membuangnya.
3 Buka skru dan penutup petak bateri dan keluarkan penutup (Raj. 48).
4 Angkat keluar bateri boleh cas semula dan putuskan sambungannya (Raj. 49).
5 Bawa robot dan bateri boleh cas semula ke pusat kutipan bagi sisa elektrik dan elektronik.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda mungkin hadapi dengan perkakas ini. Jika
anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati
www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Penjagaan
Pengguna di negara anda.
Masalah
Punca yang
berkemungkinan
Penyelesaian
Robot tidak mula
membersihkan kawasan
apabila saya menekan
butang mula/henti.
Bateri boleh cas semula telah
habis.
Cas bateri boleh cas semula (lihat bab
'Membuat persediaan untuk guna').
Palam kecil masih berada
dalam soket pada robot.
Robot tidak berfungsi menggunakan
kuasa sesalur. Robot hanya berfungsi
menggunakan bateri boleh cas
semulanya. Oleh itu, sentiasa putuskan
sambungan penyesuai daripada robot
dan sesalur sebelum guna.
Suis kuasa tidak ditetapkan
kepada posisi 'on' (I)
Tekan butang kuasa kepada 'on' (hidup).
Letakkan robot pada stesen dok yang
dipasangkan palamnya atau palam kecil
penyesuai yang dipasangkan palamnya.
Selepas beberapa saat, robot
mengeluarkan bunyi bip dan paparan
akan menyala.
Robot tidak memberikan
respons apabila saya
menekan salah satu
butangnya.
Anda menetapkan suis on/off
(hidup/mati) kepada 'off'.
Tekan butang kuasa kepada 'on' (hidup).
Letakkan robot pada stesen dok yang
dipasangkan palamnya atau palam kecil
penyesuai yang dipasangkan palamnya.
Selepas beberapa saat, robot
mengeluarkan bunyi bip dan paparan
akan menyala.
Robot tidak dapat mencari
stesen dok dan sudah
kehabisan bateri.
Letakkan robot pada stesen dok yang
dipasangkan palamnya atau palam kecil
penyesuai yang dipasangkan palamnya.
Selepas beberapa saat, robot
mengeluarkan bunyi bip dan paparan
akan menyala.
25
Bahasa Melayu