operation manual
2 Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, penunjuk mula/henti menyala secara
berterusan.
Catatan: Robot itu hanya mencari stesen dok secara automatik apabila ia memulakan pembersihan
daripada stesen dok.
Mengecas secara langsung daripada sesalur
1 Tekan suis kuasa untuk menghidupkan robot.
2 Masukkan palam kecil penyesuai ke dalam soket pada robot (1). Masukkan penyesuai itu ke dalam
soket dinding (2) (Raj. 20).
3 Apabila robot disambung ke sesalur dengan betul, penunjuk mula/henti mula berkelip dengan
sangat perlahan. Ini menunjukkan bahawa robot itu sedang mengecas.
4 Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, penunjuk mula/henti menyala secara
berterusan.
Menyediakan bilik untuk aktiviti pembersihan
Sebelum anda memulakan robot bagi aktiviti pembersihan, pastikan anda mengetepikan semua
objek yang longgar dan mudah pecah daripada lantai (Raj. 21).
Ketepikan juga semua kabel, wayar dan kord daripada lantai.
Menggunakan robot anda
Bermula dan berhenti
1 Tekan butang mula/henti.
-
Anda boleh menekan butang mula/henti pada robot (Raj. 22).
-
FC8715, FC8710, FC8705: Anda juga boleh menekan butang mula/henti pada unit kawalan jauh
(Raj. 23).
2 Penunjuk mula/henti terus menyala dan robot mula membersihkan kawasan (Raj. 17).
3 Robot membersihkan kawasan dalam mod auto-pembersihan sehingga baterinya kurang kuasa.
Dalam mod auto-pembersihan, robot mengikuti urutan berulang corak Z, secara rambang,
mengikuti dinding dan corak pembersihan rapi (Raj. 18).
FC8715, FC8710, FC8705:
Catatan: Untuk memilih mod individu, tekan salah satu daripada butang mod pada unit kawalan
jauh. Lihat bahagian 'Pemilihan mod pembersihan' untuk butiran lanjut.
4 Apabila kuasa bateri berkurangan, penunjuk mula/henti mula berkelip dan robot mencari stesen
dok untuk mengecas semula (Raj. 19).
5 Anda juga boleh menekan butang mula/henti untuk mengganggu atau menghentikan aktiviti
pembersihan. Jika anda menekan butang mula/henti sekali lagi dan masih mempunyai tenaga
yang mencukupi dalam bateri boleh cas semula, robot akan terus membersihkan dalam mod auto-
pembersihan.
6 FC8715, FC8710, FC8705: Untuk membuat robot kembali ke stesen dok sebelum bateri boleh cas
semula kurang kuasa, tekan butang dok pada alat kawalan jauh (Raj. 25).
Penunjuk mula/henti mula berkelip dan robot mencari stesen dok untuk mengecas semula (Raj.
19).
Catatan: Jika anda tidak memulakan robot dari stesen dok, ia tidak akan mencari stesen dok secara
automatik apabila bateri boleh cas semula kurang kuasa.
20
Bahasa Melayu