operation manual

Table Of Contents
3 Robot membersihkan kawasan dalam mod auto-pembersihan sehingga baterinya kurang kuasa.
Dalam mod auto-pembersihan, robot mengikuti urutan berulang secara rambang, mengikuti
dinding dan gerakan pilin.
4 Apabila kuasa bateri berkurangan, butang mula/henti mula berkelip dengan pantas dan robot mula
mencari stesen dok untuk mengecas (Raj. 22).
5 Anda juga boleh menekan butang mula/henti untuk mengganggu atau menghentikan aktiviti
pembersihan. Jika anda menekan butang mula/henti sekali lagi dan masih mempunyai tenaga
yang mencukupi dalam bateri boleh cas semula, robot akan terus membersihkan dalam mod auto-
pembersihan.
6 Untuk membuat robot kembali ke stesen dok sebelum bateri boleh cas semula kurang kuasa, tekan
butang dok pada unit kawalan jauh (Raj. 23).
7 Butang mula/henti mula berkelip dan robot kembali ke stesen dok.
Catatan: Jika anda tidak memulakan robot dari stesen dok, ia tidak akan kembali ke stesen dok
secara automatik apabila bateri boleh cas semula kurang kuasa. Jika tenaga masih mencukupi
dalam bateri boleh cas semula, anda boleh menekan butang dok pada unit kawalan jauh untuk
membuat robot kembali ke stesen dok. Jika bateri boleh cas semula sudah kosong sepenuhnya,
anda perlu meletakkan robot di stesen dok secara manual.
Pemilihan mod pembersihan
Robot ini mempunyai tiga mod pembersihan individu yang setiap daripadanya boleh diaktifkan
dengan menekan butang yang sesuai pada unit kawalan jauh.
Mod rambang
Dalam mod ini, robot membersihkan bilik dalam corak campuran pergerakan lurus dan silang-
menyilang (Raj. 24).
Mod mengikut dinding
Dalam mod ini, robot mengikuti dinding bilik untuk memberi kawasan sepanjang dinding
pembersihan tambahan (Raj. 25).
Mod pembersihan rapi
Dalam mod ini, robot bergerak secara rambang di kawasan yang kecil untuk membersihkan kawasan
ini dengan rapi (Raj. 26).
Catatan: Mod yang dipilih secara manual hanya aktif untuk beberapa minit. Selepas itu, robot bertukar
kepada mod auto-pembersihan.
Pemanduan manual
Anda boleh memandu robot secara manual dengan butang pada unit kawalan jauh.
1 Gunakan butang anak panah atas dan bawah serta kiri dan kanan butang mula/henti pada unit
kawalan jauh untuk mengemudi robot dalam bilik. (Raj. 27)
Catatan: Berhati-hati apabila anda memandu robot rapat dengan perbezaan ketinggian dan anak
tangga.
Catatan: Fungsi vakum dan berus tepi hanya berfungsi apabila robot dipandu ke hadapan. Butang
kiri, kanan atau belakang hanya untuk mengemudi robot tersebut.
Menggunakan penjadual 24 jam
Penjadual 24 jam boleh diaktifkan dengan unit kawalan jauh. Pastikan robot berada dalam mod
sedia dan tidak diletakkan pada stesen dok.
18
Bahasa Melayu