operation manual

Table Of Contents
1 Tekan butang penjadual 24 jam pada unit (Raj. 28) kawalan jauh untuk mengaktifkan penjadual 24
jam.
-
Apabila anda mengaktifkan penjadual 24 jam, paparan mula berkelip sekejap setiap beberapa
saat.
-
Robot akan mula menjalankan pembersihan 24 jam selepas anda mengaktifkan penjadual 24
jam. Ia akan terus memulakan pembersihan pada masa yang sama setiap 24 jam sehingga anda
menyahaktifkan penjadual 24 jam.
2 Untuk menyahaktifkan penjadual 24 jam, tekan butang penjadual 24 jam. Paparan akan menyala
secara berterusan untuk menunjukkan robot berada dalam mod sedia dan penjadual 24 jam tidak
lagi aktif.
Mengelap dengan robot
Jenis FC8796 dan FC8794 disediakan dengan alat tambahan mengelap dan pad mengelap untuk
pembersihan basah lantai keras.
Menyambungkan pad mengelap
1 Rendamkan pad mengelap dalam air atau basahkan pad mengelap di bawah air paip. Anda boleh
menambah beberapa titisan pembersih lantai yang tersedia dan sesuai untuk lantai anda.
2 Perah pad mengelap dengan rapi untuk memastikan ia hanya lembap dan bukan basah.
3 Sambungkan pad mengelap yang lembap itu pada alat tambahan mengelap dengan menolak
kancing Velcro pad mengelap ke kancing Velcro alat tambahan mengelap (Raj. 29).
4 Masukkan cuping sambungan alat tambahan mengelap ke dalam dua lubang sambungan yang
terletak di belakang roda. Kemudian tekan ke bawah sehingga anda mendengar bunyi klik (Raj.
30).
Membersihkan lantai dengan alat tambahan mengelap.
Catatan: Untuk membersihkan lantai keras dengan alat tambahan mengelap, anda perlu memulakan
robot dari titik dalam bilik yang anda ingin bersihkan. Anda tidak boleh memulakan robot dari stesen
doknya dengan pad mengelap disambungkan.
1 Hanya tekan butang mula/henti pada unit kawalan jauh untuk memulakan robot.
-
Robot terus mengelap sehingga baterinya kurang kuasa dan robot berhenti.
Catatan: Tanggalkan pad mengelap dan alat tambahan mengelap sebelum anda menghantar robot
ke stesen dok dengan menggunakan butang dok pada unit kawalan jauh atau sebelum anda
meletakkan robot di stesen dok secara manual.
Menanggalkan alat tambahan mengelap.
1 Untuk menanggalkan alat sambungan mengelap, tekan tab (1) dan tarik alat sambungan mengelap
untuk menanggalkannya (2) (Raj. 31).
2 Tarik pad mengelap daripada alat sambungan mengelap.
3 Untuk membersihkan pad mengelap, cucinya dalam mesin basuh pada kitaran lembut pada suhu
60°C maksimum.
Bunyi amaran
Jika robot menghadapi masalah semasa membersihkan (contoh kerana roda tersangkut atau tidak
lagi mencecah lantai atau kerana sensor tidak boleh mengesan lagi lantai), anda akan mendengar
bunyi dan robot akan berhenti. Tekan butang mula/henti untuk menukar robot kepada mod sedia
dan selesaikan masalah yang menyebabkan bunyi amaran itu, sebagai contoh dengan
19
Bahasa Melayu