operation manual

Table Of Contents
mengeluarkan halangan yang menghalang roda, membersihkan sensor atau mengangkat robot dan
meletakkannya di tempat lain.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Mengosongkan dan membersihkan bekas habuk
Kosongkan dan bersihkan bekas habuk apabila butang mula/henti mula berkelip.
1 Tarik pemegang penutup bekas habuk dan angkat keluar bekas habuk itu daripada petak bekas
habuk (Raj. 32).
2 Tarik tab di tepi bekas habuk untuk membuka penutup (Raj. 33).
3 Keluarkan unit turas daripada bekas habuk (Raj. 34).
4 Goncang bekas habuk di atas tong sampah untuk mengosongkannya (Raj. 35).
5 Anda boleh membersihkan bekas habuk di bawah air paip suam.
Awas: Jangan bersihkan bekas habuk dalam mesin basuh pinggan.
6 Untuk membersihkan penuras dengan rapi, tanggalkan unit penuras dengan menekan tab yang
terletak di kedua-dua belah unit penuras dan mengeluarkan penuras habuk daripada penuras
EPA. Kemudian bersihkan penuras EPA dengan berus pembersih yang dibekalkan (Raj. 36).
7 Pasang semula unit penuras, masukkan penuras EPA ke dalam penuras habuk. Kemudian letakkan
semula unit turas ke dalam bekas habuk (Raj. 37).
Catatan: Jika anda membersihkan bekas habuk di bawah air paip, pastikan ia kering sebelum
dimasukkan semula ke dalam unit penuras.
8 Letakkan penutup pada bekas habuk itu dan pastikan ia terkunci di tempatnya dengan bunyi klik
(Raj. 38).
9 Letakkan bekas habuk semula ke dalam petak bekas habuk dan lipatkan pemegang bekas habuk
(Raj. 39).
Awas: Sentiasa pastikan ada unit penuras dalam bekas habuk. Jika anda menggunakan robot
tanpa unit penuras dalam bekas habuk, motor akan rosak.
Membersihkan robot
Untuk mengekalkan prestasi pembersihan yang baik, anda perlu membersihkan sensor jatuh, roda,
berus tepi dan bukaan sedutan dari semasa ke semasa.
1 Letakkan robot terbalik di atas permukaan yang rata.
2 Untuk membersihkan berus tepi, genggam bulu kejurnya dan keluarkannya daripada acinya (Raj.
40).
3 Bersihkan berus tepi dan batang berus tepi dengan berus pembersih yang dibekalkan.
4 Tanggalkan habuk atau bulu-bulu daripada roda hadapan dan roda tepi dengan berus pembersih
yang dibekalkan.
5 Tanggalkan habuk atau bulu-bulu daripada sensor jatuh dengan berus pembersih yang
dibekalkan.
Catatan: Penting untuk anda bersihkan sensor jatuh secara tetap. Jika sensor jatuh kotor, robot
mungkin tidak dapat mengesan perbezaan ketinggian atau anak tangga.
6 Gunakan berus pembersih yang dibekalkan untuk membersihkan bukaan sedutan.
7 Periksa berus tepi dan bawah robot untuk sebarang objek tajam yang boleh merosakkan lantai
anda.
20
Bahasa Melayu