operation manual

Table Of Contents
Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah. Anda juga boleh membawa
robot ke pusat khidmat Philips untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula. Hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan Philips di negara anda untuk alamat pusat khidmat berdekatan dengan anda.
1 Biarkan robot itu berjalan sehingga bateri boleh cas semula kosong untuk memastikan bateri boleh
cas semula dinyah cas sepenuhnya sebelum anda mengeluarkan dan membuangnya.
2 Buka skru dan penutup petak bateri dan keluarkan penutup (Raj. 45).
3 Angkat keluar bateri boleh cas semula dan putuskan sambungannya (Raj. 46).
4 Bawa robot dan bateri boleh cas semula ke pusat kutipan bagi sisa elektrik dan elektronik.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda mungkin hadapi dengan perkakas ini. Jika
anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati
www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Penjagaan
Pengguna di negara anda.
Masalah
Punca yang
berkemungkinan
Penyelesaian
Robot tidak mula
membersihkan kawasan
apabila saya menekan
butang mula/henti.
Bateri boleh cas semula telah
habis.
Cas bateri boleh cas semula (lihat
'Membuat persediaan untuk guna').
Robot tidak memberikan
respons apabila saya
menekan salah satu
butangnya.
Robot tidak dapat mencari
stesen dok dan sudah
kehabisan bateri.
Tempatkan robot pada stesen dok yang
dipasangkan palamnya. Selepas
beberapa saat, robot mengeluarkan
bunyi bip dan paparan akan menyala.
Robot mengeluarkan
bunyi bip dan berhenti.
Salah satu atau kedua-dua
roda tersangkut.
Tekan butang mula/henti. Keluarkan
bulu-bulu halus, rambut, benang atau
wayar yang tersangkut sekitar ampaian
roda.
Salah satu atau kedua-dua
berus tepi tersangkut.
Bersihkan berus tepi (lihat
'Membersihkan robot').
Robot diangkat semasa
membersihkan kawasan.
Tekan butang mula/henti. Letakkan
robot di atas lantai. Kemudian tekan
butang mula/henti untuk membuat
robot meneruskan pembersihan.
Robot tidak
membersihkan kawasan
dengan baik.
Bulu kejur pada salah satu
atau kedua-dua berus tepi
bengkok atau melengkung.
Rendamkan berus atau berus-berus itu
dalam air untuk sementara waktu. Jika
ini tidak memulihkan bulu kejur itu
kepada bentuk yang sepatutnya,
gantikan berus tepi (lihat 'Menggantikan
berus tepi').
Penuras dalam bekas habuk
sudah kotor.
Tanggalkan unit penuras. Bersihkan
penuras habuk dan penuras EPA
dengan berus gigi yang mempunyai
berus kejur yang lembut. Anda juga
boleh membilas penuras habuk di
bawah air paip.
22
Bahasa Melayu