operation manual

- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu
sendiri rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau
telinga dan jangan letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah
disambungkan kepada pembersih vakum dan pembersih vakum
tersebut dihidupkan.

- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum
abu, pasir halus, kapur, habuk simen dan bahan yang serupa, liang beg
habuk menjadi tersumbat. Akibat daripada itu, penunjuk beg habuk
penuh akan menandakan bahawa beg telah penuh. Gantikan beg
habuk pakai buang atau buang kandungan dalam beg habuk boleh
guna semula, walaupun ia masih belum penuh (lihat bab ‘Menggantikan/
mengosongkan beg habuk’).
- Jangan gunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh
merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas.
- Gunakan hanya beg habuk sintetik s-beg Philips atau beg habuk boleh
guna semula yang dibekalkan (sesetengah negara sahaja).
- Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan
kelembapan udara yang rendah, pembersih vakum anda menokok
elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami kejutan elektrik semasa
anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain daripada pembersih
vakum anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak
merosakkan perkakas. Untuk mengurangkan ketakselesaan ini kami
menasihati agar anda:
 untuk menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub pada
objek logam lain di dalam bilik (contohnya kaki meja atau kerusi,
radiator, dsb.);
 untuk meningkatkan tahap kelembapan udara di dalam bilik dengan
meletakkan air di dalam bilik. Contohnya, anda boleh menggantung
bekas berisi air daripada radiator anda atau letakkan mangkuk plastik
berisi air di atas atau berhampiran radiator anda.

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan
elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan menurut
bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
 55