operation manual


- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa apabila sampai
akhir hayatnya, tetapi bawalah ia ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara alam
sekitar.

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda
menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com
atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika
tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar
Philips tempatan anda.

Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda
hadapi dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan
maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
1 Kuasa sedutan tidak mencukupi.
A Kuasa sedut mungkin ditetapkan kepada tetapan rendah.
- Tetapkan kuasa sedut kepada tetapan yang lebih tinggi.
B Muncung, tiub atau hos mungkin tersumbat.
- Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut item yang tersumbat dan
sambungkannya (sejauh yang boleh) secara terbalik. Hidupkan
pembersih vakum untuk memaksa udara melalui item tersebut dalam
arah yang bertentangan.
C Beg habuk mungkin penuh.
- Kosongkan beg habuk boleh guna semula (jenis tertentu sahaja) atau
ganti beg habuk.
D Penuras mungkin kotor.
- Bersihkan atau gantikan penuras.
2 Semasa saya menggunakan pembersih vakum saya, kadangkala saya
terasa seperti ada kejutan elektrik.
A Pembersih vakum anda mempunyai elektrik statik yang terkumpul.
Semakin rendah kelembapan udara di dalam bilik, semakin banyak
elektrik statik yang terkumpul di dalam perkakas.
- Untuk mengurangkan ketakselesaan, kami menasihati agar anda
menyahcas perkakas dengan kerap memegang tiub dengan objek logam
lain di dalam bilik (contohnya, kaki meja atau kerusi, radiator, dsb.)
- Untuk mengurangkan ketakselesaan, kami menasihati agar anda
meningkatkan tahap kelembapan udara di dalam bilik dengan
meletakkan air di dalam bilik. Contohnya, anda boleh menggantungkan
bekas yang diisi air dari radiator atau mangkuk plastik yang diisi air di
atas atau berhampiran radiator anda.
 65