operation manual

Penting
Untuk keselamatan optima, mula-mula baca arahan-arahan ini sebelum
anda menggunakan seterika.
- Pengguna jangan sekali meninggalkan seterika sendirian semasa ianya
masih bersambung pada bekalan.
- Peralatan ini tidak bertujuan untuk kegunaan kanak-kanak atau orang-
orang yang tidak berupaya tanpa pengawasan.
- Kanak-kanak mestilah diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan peralatan.
- Tapak seterika boleh menjadi terlalu panas dan boleh menyebabkan
kelecuran jika tersentuh.
- Jangan gunakan peralatan jika terdapat kerosakan.
- Setelah selesai menyerika, semasa mengisi atau mengosongkan tangki
air atau meninggalkan seterika buat seketika, cabut plag dari soket
dinding, tetapkan kawalan wap ke kedudukan 0 dan letakkan seterika
pada kakinya.
- Jika kord bekalan rosak, ia mestilah digantikan oleh Philips atau ejen
perkhidmatannya atau orang yang setara kelayakannya untuk
mengelakkan bahaya.
Sebelum penggunaan pertama
1 Periksa jika bacaan voltan pada typeplate sama dengan bekalan
utama dalam rumah anda.
C
2 Keluarkan sebarang pelekat atau foil perlindungan dari
tapaknya.
3 Panaskan seterika ke suhu maksimum dan seterika atas sehelai
kain lembap beberapa minit untuk mengeluarkan sebarang
residue atas tapak.
Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila menggunakannya
buat pertama kali.Selepas beberapa ketika ia akan berhenti.
Mengisi tangki air.
Jangan rendam seterika dalam air.
1 Cabutkan palam dari soket dinding.
C
2 Laraskan kawalan stim pada posisi O (=tanpa stim).
3 Buka tudung pengisi.
4 Pegang seterika pada kedudukan menyerong.
BAHASA MELAYU 11