operation manual

Fungsi pematian kuasa keselamatan elektronik
B
Jenis GC4320 sahaja.
C
Fungsi pematian kuasa keselamatan elektronik mematikan kuasa
seterika secara automatik jika ia tidak digerakkan beberapa lama.
Lampu pandu pematian kuasa automatik merah mula berkelip-
kelip untuk menunjukkan seterika telah dimatikan kuasa oleh
fungsi pematian kuasa keselamatan.
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
- Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
- Lampu pandu pematian kuasa automatik merah padam. Jika suhu plat
tapak jatuh di bawah suhu yang ditetapkan, lampu pandu suhu kuning
jingga menyala.
- Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda menggerakkan
seterika, tunggu sehingga ia padam sebelum mula menyeterika.
- Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda
menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang betul
dan seterika sedia untuk digunakan.
Lampu amaran dan fungsi pematian kuasa keselamatan
elektronik
B
Jenis GC4340 dan GC4330 sahaja.
Seterika dilengkapi lampu amaran biru.
C
Lampu amaran biru menyala selagi seterika masih tersambung
dengan punca kuasa.
Lampu amaran biru mula berkelip-kelip untuk menunjukkan
seterika telah dimatikan kuasa oleh fungsi pematian kuasa
keselamatan.
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
- Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
- Lampu amaran biru berhenti berkelip-kelip. Jika suhu plat tapak jatuh
di bawah suhu yang ditetapkan, lampu pandu suhu kuning jingga
menyala.
- Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda menggerakkan
seterika, tunggu sehingga ia padam sebelum mula menyeterika.
- Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda
menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang betul
dan seterika sedia untuk digunakan.
BAHASA MELAYU16