User manual

PENTING - Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar daripada plat tapak. Untuk memastikan
yang proses pembersihan dilakukan, penjana stim akan memberikan peringatan berkala. Selain itu,
langkah keselamatan kedua untuk melindungi penjana stim daripada kerak telah disepadukan: fungsi
stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan setelah 1 jam menyeterika dengan
stim selepas peringatan diberikan. Selepas penanggalan kerak dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan.
Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
- Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan
perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses
Pembersihan Kerak (Gamb. 4).
- Anda boleh terus menyeterika dengan stim untuk 1 jam sementara cahaya Pembersihan Kerak
berkelip dan bunyi bip perkakas berbunyi. Selepas 1 jam, fungsi stim akan dinyahdayakan secara
automatik. Anda perlu melakukan proses Pembersihan Kerak sebelum meneruskan
penyeterikaan stim. (Gamb. 5)
Petua: Anda boleh terus mengeringkan seterika dengan tidak menekan pencetus stim.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak
Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Jangan ganggu proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana
air panas dan stim akan keluar dari plat tapak.
1 Isikan separuh tangki air. Rujuk panduan permulaan ringkas yang berasingan untuk arahan
mengenai cara untuk menanggalkan tangki air (Gamb. 6).
2 Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN ketika proses Pembersihan
Kerak (Gamb. 7).
3 Putar tombol suhu kepada Pembersihan Kerak (Gamb. 8).
4 Letakkan bekas Pembersihan Kerak di papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil
dan rata (Gamb. 9).
5 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak.
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini sewaktu proses ini
kerana ini selamat.
6 Tekan dan tahan butang Pembersihan Kerak selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi
bip singkat (Gamb. 10).
7 Ketika proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam.
Tunggu selama 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses (Gamb. 11).
8 Apabila proses Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip (Gamb. 12).
9 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Gamb. 13).
10 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu
kira-kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya.
BAHASA MELAYU 27