operation manual

3 Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan
dan tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan penjana stim. Tunggu
sehingga lampu 'seterika sedia' menyala berterusan. Ini mengambil masa
lebih kurang 2 minit.
4 Tanggalkan hos bekalan daripada ruang penyimpanan hos.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari
platform seterika.
6 Tekan dan tahan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
7 Untuk hasil seterika terbaik, selepas menyeterika dengan stim, lakukan
gosokan terakhir tanpa stim.
Catatan: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat pertama kali, masa
selama 30 saat mungkin diperlukan untuk stim keluar sepenuhnya dari
perkakas.
Catatan: Pam diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Ia
mengeluarkan bunyi bergetar yang rendah, yang merupakan kebiasaan.
Apabila tiada air dalam tangki air, pam berbunyi lebih kuat. Penuhkan tangki
dengan air apabila paras air ke bawah paras minimum.
Untuk stim yang lebih kuat, anda boleh menggunakan mod stim TURBO,
yang selamat pada semua fabrik yang boleh diseterika.
Untuk fabrik seperti kapas, jean dan linen, anda disyorkan untuk
menggunakan mod stim TURBO.
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu
bertukar putih.
2 Untuk menyahaktifkan mod TURBO, tekan dan tahan butang hidup/mati
selama 2 saat sehingga lampu bertukar biru.
Fungsi galak stim
Gunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan kedutan yang degil.
21
Bahasa Melayu