operation manual

Penjimatan kuasa
Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan
tenaga tanpa mengurangkan hasil penyeterikaan.
1 Untuk mengaktifkan mod ECO, tekan butang ECO. Lampu hijau ECO
bernyala.
2 Untuk menyahaktifkan mod ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu
hijau ECO terpadam.
Mod automati keselamatan (jenis tertentu sahaja)
-
Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan dimatikan secara automatik
jika ia tidak digunakan selama 5 minit. Lampu pada butang mati secara
auto mula berkelip.
-
Untuk mengaktifkan perkakas semula, tekan butang hidup/mati. Perkakas
kemudian mula menjadi panas semula.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia
bersambung dengan sesalur kuasa. Cabut plag perkakas setiap
kali selepas digunakan.
Pembersihan dan penyenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakasan anda telah dipasang dengan sistem Smart Calc-Clean yang
memastikan penyahskalaan dan pembersihan dilakukan dengan kerap. Ini
membantu mengekalkan prestasi stim yang kuat dan mengelakkan
kekotoran keluar daripada plat tapak lama kelamaan. Untuk memastikan
proses pembersihan dilakukan, penjana stim memberi peringatan tetap.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak
akan mula bernyala dan perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang
menandakan anda perlu melakukan proses Calc-Clean.
23
Bahasa Melayu