User Guide

19
Penyeterikaan secara menegak
Amaran: Stim panas dikeluarkan daripada seterika. Jangan sekali-kali menghilangkan
kedut daripada pakaian semasa seseorang memakainya. Jangan gunakan stim
berdekatan dengan tangan anda atau tangan orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan
kedut daripada baju yang digantung.
1 Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh pakaian dengan
lembut pada plat tapak dan gerakkan seterika atas dan bawah.
Rehat selamat
Meletakkan seterika semasa menyusun semula pakaian anda
Semasa menyusun semula pakaian anda, anda boleh meletakkan seterika di atas
platform seterika atau secara mendatar di atas papan seterika. Teknologi OptimalTEMP
memastikan tapak seterika tidak akan merosakkan penutup papan seterika.
Penjimatan kuasa
Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa
mengurangkan hasil penyeterikaan.
1 Untuk mengaktifkan mod ECO, tekan butang ECO. Lampu hijau ECO bernyala.
2 Untuk menyahaktifkan mod ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu hijau ECO
terpadam.
Pematian automatik (jenis tertentu sahaja)
- Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan dimatikan secara automatik jika ia tidak
digunakan selama 5 minit. Lampu pematian automatik pada butang hidup/mati akan
mula berkelip.
- Untuk mengaktifkan perkakas semula, tekan butang hidup/mati. Perkakas kemudian
mula menjadi panas semula.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur
kuasa. Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Bahasa Melayu