User Guide

24
Masalah Punca yang berkemungkinan Penyelesaian
Perkakas mengeluarkan bunyi
mengepam yang kuat.
Tangki air kosong. Isikan semula tangki air dengan air dan tekan
pencetus stim sehingga bunyi mengepam menjadi
lebih lembut dan stim keluar dari plat tapak.
Titisan air menitik keluar dari
tapak seterika.
Selepas proses Calc-Clean, baki
air mungkin akan mengalir keluar
dari plat tapak.
Lap kering plat tapak dengan kain. Jika lampu
Calc-Clean masih berkelip dan perkakasan masih
berbunyi, lakukan proses Calc-Clean (lihat bab
‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
Proses Pembersihan Kerak tidak
dilengkapkan.
Anda perlu melakukan proses Calc-Clean sekali lagi
(lihat bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
Stim memeluwap menjadi air
di dalam hos apabila anda
menggunakan stim pada kali
pertama atau sudah lama tidak
menggunakannya.
Ini perkara biasa. Jauhkan seterika daripada
pakaian dan tekan pencetus stim.Tunggu sehingga
stim, dan bukannya air keluar daripada tapak
seterika.
Air kotor dan kotoran keluar
dari tapak seterika.
Kotoran atau bahan kimia yang
ada di dalam air mungkin telah
termasuk di dalam bolong stim
dan/atau plat tapak.
Lakukan proses Calc-Clean dengan kerap (lihat bab
‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
Air mengalir keluar daripada
plat tapak.
Anda memulakan proses Calc-
Clean secara tidak sengaja
(lihat bab 'Pembersihan dan
penyelenggaraan').
Matikan perkakas. Kemudian hidupkannya semula.
Biar seterika dipanaskan sehingga lampu ‘seterika
sedia’ menyala secara berterusan.
Proses Pembersihan Kerak
tidak bermula.
Anda tidak menekan butang
CALC-CLEAN selama 2 saat
sehingga perkakas mula
mengeluarkan bunyi bip.
Lihat bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.
Seterika meninggalkan kilatan
atau kesan pada pakaian.
Permukaan yang hendak
diseterika tidak rata, contohnya
ketika menyeterika di atas kelim
atau lipatan pada pakaian.
PerfectCare selamat untuk semua pakaian. Kilatan
atau kesan ini tidak kekal dan akan hilang setelah
pakaian dibasuh. Elakkan daripada menyeterika di
atas kelim atau lipatan, atau anda boleh letakkan
kain kapas di atas kawasan tersebut supaya tidak
ada kesan.
Tidak cukup felt dalam penutup
papan seterika.
Letakkan lapisan tambahan bahan felt di bawah
penutup papan seterika.
Penutup papan seterika
menjadi basah atau terdapat
titisan air pada lantai/
pakaian.
Stim telah memeluwap pada
penutup papan seterika selepas
sesi penyeterikaan yang lama.
Gantikan penutup papan seterika jika bahan
busa atau felt telah lusuh. Anda juga boleh
menambahkan lapisan tambahan bahan felt di
bawah penutup papan seterika untuk mengelakkan
pemeluwapan pada papan seterika.
Anda mempunyai papan seterika
yang tidak direka bentuk untuk
menerima kadar stim yang tinggi
dari perkakas.
Letakkan lapisan tambahan bahan felt di bawah
penutup papan seterika untuk mengelakkan
pemeluwapan pada papan seterika.
Bahasa Melayu