operation manual

Pengenalan
Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat Woolmark Company Pty Ltd untuk menyeterika produk
wul tulen dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan pada label pakaian dan yang telah
dikeluarkan oleh pengeluar seterika ini. R1501. Di United Kingdom, Eire, Hong Kong dan India,
tanda dagangan Woolmark ialah tanda dagangan Pensijilan.
Gambaran keseluruhan produk (Gamb. 3)
1 Hos bekalan stim
2 Platform seterika
3 Ruang penyimpanan hos bekalan pertama
4 Kord sesalur kuasa dengan plag
5 Butang ECO dengan lampu
6 Butang hidup/mati dengan lampu auto mati keselamatan dan tetapan TURBO
7 Lampu ‘tangki air kosong’
8 Lampu EASY DE-CALC
9 Tombol EASY DE-CALC
10 Petak simpanan kord
11 Ruang penyimpanan hos bekalan kedua
12 Tangki air boleh tanggal
13 Kunci bawa
14 Butang pelepas kunci pembawa
15 Plat tapak
16 Pencetus stim
17 Lampu ‘seterika sedia’
18 Lubang isian
Penting
Baca risalah maklumat penting yang berasingan dan manual pengguna dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkasas. Simpan kedua-dua dokumen untuk rujukan pada masa depan.
Teknologi Optimal Temp
Teknologi Optimal Temp membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang boleh diseterika,
dalam sebarang jujukan, tanpa anda perlu melaraskan tetapan suhu seterika.
Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, sakhlat, viskos dan rayon
(Gamb. 4).
Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex
atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena), tetapi juga corak pada
pakaian (Gamb. 5).
Menggunakan perkakas anda
Penyeterikaan
Sila baca panduan permulaan ringkas pada pembungkusan dengan teliti untuk mula menggunakan
perkakas anda.
Fungsi pancutan stim
Fungsi pancutan stim direka bentuk untuk membantu anda menangani kedutan yang degil.
- Tekan pencetus stim dua kali untuk stim berterusan. Anda tidak perlu menekan dan menahan
pencetus stim secara berterusan apabila fungsi pancutan stim diaktifkan. Untuk menghentikan
fungsi pancutan stim, tekan pencetus stim sekali. (Gamb. 6)
BAHASA MELAYU22