Operation Manual


Menu Isipadu/L Kuantiti beras
(cawan)
Isipadu/L Kuantiti beras
(cawan)
Nasi putih 1.0 1-5.5 1.5 2-8
1.8 2-10
Bubur nasi (HD4738/
HD4733 sahaja)
1.5 0.25-1 1.8 0.5-1.5
2 Basuh beras dengan sempurna.
Gunakan bekas lain untuk membasuh beras supaya salutan tidak lekat pada periuk dalam tidak rosak.
3 Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalam.
4 Tambahkan air sehingga aras yang ditunjukkan pada skala di dalam periuk, yang sepadan
dengan bilangan cawan beras yang digunakan. Kemudian ratakan permukaan beras.
Contohnya, jika anda memasak 4 cawan beras, tambahkan air sehingga aras 4 cawan yang
ditunjukkan pada skala.
Nota: Beberapa jenis beras memerlukan lebih banyak air untuk memasaknya, seperti beras keling. Jika
air di dalam periuk dalam melebihi paras seterusnya di atas paras yang ditunjukkan bagi bilangan
cawan beras yang digunakan, buih atau air akan keluar daripada tukup bolong stim. Jika anda hendak
memasak jenis beras yang memerlukan lebih banyak air, jangan masak lebih daripada 2-8 cawan pada
HD4738/HD4728, 2-6 cawan pada HD4733 atau 1-3 cawan pada HD4723 untuk mengelakkan
daripada periuk dalam melimpah.
, HD4738 (Gamb. 3)
, HD4733 (Gamb. 4)
, HD4728 (Gamb. 5)
, HD4723 (Gamb. 6)
Nota: Aras yang ditandakan di dalam periuk hanyalah panduan; anda boleh melaraskan aras air bagi
jenis beras yang berlainan ataupun mengikut cita rasa anda.
5 Tekan butang pelepas untuk membuka tudungnya.
6 Masukkan periuk dalam ke dalam periuk pemasak nasi. Periksa sama ada periuk dalam dan
plat pemanas besentuhan dengan baik pada satu sama lain (Gamb. 7).
Pastikan bahagian luar periuk dalam adalah kering dan bersih, dan tiada sisa asing pada plat pemanas
atau suis magnet.
7 Tutup tudung periuk pemasak nasi, pasangkan plag di dalam soket dinding dan hidupkan
sesalur kuasa.
, HD4728/HD4723: Lampu masak menyala untuk menunjukkan bahawa perkakas telah
dihidupkan. (Gamb. 8)
8 HD4738/HD4733: Tetapkan tombol pemilihan fungsi ke NASI (Gamb. 9).
, HD4738/HD4733: Lampu nasi menyala (Gamb. 10).
9 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak (Gamb. 11).
Jika anda gagal menekan tuil kawalan, periuk pemasak nasi akan beralih ke mod simpan panas secara
automatik. Lampu masak/lampu nasi akan padam dan lampu simpan panas menyala.
, Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak/lampu nasi akan padam dan lampu simpan
panas akan menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod
simpan panas secara automatik (Gamb. 12).
22