operation manual

Pembakar roti ini akan terpadam secara automatik.Anda boleh memberhentikan proses
membakar roti dan mengeluarkan roti pada bila-bila masa dengan menekan punat Pembatalan
(semua jenis kecuali untuk HD2525/HD2545) atau dengan memilih seting Pembatalan (hanya
untuk jenis HD2525/HD2545).
Untuk mengeluarkan benda-benda yang kecil, anda boleh mengangkat tuil pembakar ini
sedikit.
Jika roti terlekat pada pembakar roti,tarik keluar kord elektrik dari soket elektrik, biarkan
pembakar roti sejuk sepenuhnya.Kemudian keluarkan roti tersebut dari pembakar roti
dengan hati-hati. Jangan gunakan objek-objek logam untuk berbuat demikian dan elakkan
daripada tersentuh bahagian-bahagian logam pembakar roti.
Jangan bakar roti yang sudah disapu dengan mentega.
Jangan bakar kepingan roti yang terlalu nipis atau yang pecah atau saiz yang terlalu kecil
seperti 'mini-baguettes', 'mini-bagels', roti koktel bersaiz kecil, roti berbentuk batang, dsb.
Membakar roti yang beku
Jenis HD2528,2529, 2548,2549:
1 Ikut arahan-arahan 1, 2 & 3 dalam seksyen Membakar roti.Tolakkan tuil pembakar roti ke
bawah, kemudian tekankan punat Cair (gamb.4).
Jenis HD2524,2525, 2526,2544, 2545,2546:
2 Ikut arahan-arahan 1, 2 & 3 dalam seksyen Membakar roti.Pilih seting Cair O dan kemudian
tolakkan tuil pembakar roti ke bawah (gamb.5).
Membakar 'bagels' dan 'baguettes'
1 Keratkan 'bagel' atau 'baguette' tersebut kepada dua.
2 Letakkan bahagian-bahagian separuh itu di dalam pembakar dengan sebelah yang hendak
dibakar menghala ke pemanas pertengahan pembakar itu.
3 Ikut arahan-arahan 1, 2 & 3 dalam seksyen Membakar roti.Tolakkan tuil pembakar roti ke
bawah, kemudian tekankan punat "Bagel" (gamb.6).
Memanaskan semula roti yang telah dibakar
1 Ikut arahan-arahan 1 & 2 dalam seksyen Membakar roti dan set alat kawalan pemerangan ke
seting Panas Semula.Anda akan mendengar satu bunyi klik.Kemudian tolakkan tuil pembakar
roti ke bawah (gamb.7).
Memanaskan semula roti rol/ban atau roti "croissant".
Jenis HD2526,2529, 2546,2549 sahaja:
1 Pasangkan rak pemanas ke pembakar dengan rapat.
Untuk mengelak dari merosakkan pembakar, jangan sekali-kali meletakkan roll yang hendak
dipanaskan dalam pembakar tanpa menggunakan rak pemanas.
2 Letakkan roll atau croissant di tengah-tengah rak.
Jangan panaskan lebih daripada 2 benda pada satu masa.
3 Tetapkan alat kawalan pemerangan antara seting 2 dan ¬,tetapi tidak melebihi ¬.
4 Tekan tuil pembakar ke bawah untuk menghidupkan alat ini.
BAHASA MELAYU10