operation manual

Pembersihan
1 Tarik keluar plag dari soket elektrik.
2 Bersihkan pembakar roti dengan sehelai kain yang lembap. Jangan gunakan bahan pencuci yang
kesat.
Jangan rendamkan alat di dalam air.
3 Keluarkan habuk roti dari alat ini dengan menggelongsorkan dulang habuk roti yang boleh
ditanggalkan keluar dari pembakar roti (gamb. 8).
Jangan terbalikkan peralatan dan jangan goncangkannya untuk mengeluarkan cebisan makanan.
Penting:Untuk mengurangkan risiko kebakaran,anda harus mengeluarkan cebisan makanan dari
pembakar roti kerap kali.
4 Anda boleh menyimpankan kord elektriknya dengan menggulungkannya mengelilingi
pendakap-pendakap pada dasar pembakar roti ini (gamb.9).
Selepas digunakan, anda boleh meletakkan penutup debu di atas pembakar roti ini (gamb.10).
Jangan letakkan penutup debu di atas pembakar roti apabila alat ini dihidupkan atau apabila ia
masih panas kerana ini akan mengakibatkan kerosakan (gamb. 11).
Maklumat & perkhidmatan
Jika anda memerlukan maklumat atau anda mempunyai masalah,sila lawat tapak web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Philips di negera anda (nombor telefonnya
ada di risalah jaminan antarabangsa). Jika tiada Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda, sila hubungi
pengedar Philips di tempat anda atau hubungi Bahagian Servis Peralatan Rumah dan Peralatan
Peribadi Philips BV.
Penyelesaian Masalah
BAHASA MELAYU 11
Jawapan
Periksa sama ada plag dimasukkan dengan betul ke dalam soket dinding.
Periksa sama ada roti telah diletakkan dengan betul atau sama ada terdapat roti
yang secukupnya di dalam pembakar.
Jika pembakar anda masih tidak berfungsi biarlah ia diganti oleh Philips atau sebuah
pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
Anda boleh menyesuaikan kepanjangan kord dengan menggulungkan sebahagian
daripadanya mengelilingi pendakap-pendakap di dasar peralatan itu.
Soalan
1.Pembakar tidak
berfungsi?
2.Bolehkah saya
menyesuaikan kepanjangan
kord pembakar itu?